kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Powered By Blogger

Friday, August 27, 2010

misi berjaya...????






salam bahagia..

pada hari selasa lepas iaitu bersamaan 24 hb 0g0s, aku and the geng bergerak ke arah selatan tanah air untuk memnuhi misi penting bagi menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan...bukan mudah kerjanye, iaitu mengkaji dan menyelongkar misteri masyarakat baba dan nyonya....hendak dijadikan cerita, segala persiapan dijalankan disaat akhir untuk mencari muzium yang dimaksudkan.....mungkin lebih kurang macam sentuhan terakhirlah selepas mencari maklumat di dalam internet dan buku di perpustakaan......bertolak jam 11 lebih pagi kerana menunggu seorang rakan bernama wan habis lab....bertolak dengan ahli lengkap dalam kereta 4 orang....emmm...tak tahu sangat jalan tapi redah je la dulu...papan tanda jalan sebagai panduan...emmmm.....pertama lepas ke jasin, minta bantuan rakan yang memang asal dari melaka, die soh pulak untuk patah balik ke air keroh....macam2 jugaklah hari 2, tapi walaubagaimanapun sampai juge ke destinasi.....sudah jatuh ditimpe tangge bile sampai2 je kat rumah persatuan peranakan cina melaka 2, rumah mereka tutup....emmmm...katenye hari 2 hari hantu dan masyarakat kawasan tu kebanyakannye pergi bersembahyang bagi tujuan menghalau semangat jahat......hati sedikit terubat apabila ade sebuah kedai yang menjual pakaian baba dan nyonya melayan kami dengan baik....macam2 la buat di kedai aunty tu...time kasih aunty....dah bis tangkap gamba dan menikmati pakaian tradisional masyarakat baba dan nyonya...kami pun bergerak pulang.......dalam perjalanan kami singgah untuk menaiki MENARA TAMING SARI...fuyooooooouuu...best giler....boleh tengok pemandangan bandar melaka dari atas....kalau malam lagi best...ishk..penjangnyer entry kali ini....last sebelum sampai kami berbuke puase bersama keluarge kakak faris.....time kasih kak, jasa kak sekeluarga akan kami kenang.....alhamdulillah, segala berjalan dengan lancar, tunggu untuk hari pembentangan nanti....terime kasih rakan-rakanku...

p/s: signal internet low sangat....lain kali masukkan gambar ok....tungguuuu...

selepas naik menara taming sari.....best giler...

sebelum jadi kasut manik tu...mereka jahit hiasan kat kasut tu dalam mende ni...

berbuke puase dengan disponser oleh husband dan Kakak Faris....

muke kenyang....( mail pun dah memboyot..hahaha..)

Tuesday, August 24, 2010

Persedian menghadapi peperiksaan....semoga berjaya kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM...

Assalamualaikum........

kali ini sedikit ilmiah untuk santapan pembaca....aku terbaca satu artikal yang sangat penting ini di dalam blog yang aku minati....oleh kerana aku berniat ingin menyebarkan perkongsian ilmu ini, aku paste kan ke dalam blog ini agar dapat dibaca oleh anda....moga terhibur...

semua sedia maklum, bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM, dan STPM, mungkin tercari-tercari tips dalam persediaan menghadapi peperiksaan. oleh itu kami di pihak kaunselor muda akan menerangkan serba sedikit berkaitan dengan tips-tips dalam menghadapi peperiksaan.

antara tips yang boleh di ikuti dalam menghadapi peperiksaan ialah:

1. Persediaan fizikal
  • tidur yang cukup, iaitu selama 6-7 jam sehari, kekurangan tidur menyebabkan rasa mengantuk, letih dan dan boleh jatuh sakit.

tidur yang berkualiti menjadikan hari anda lebih berkualiti...

  • Jaga pemakanan, iaitu memilih makanan yang halal, berkaliti iaitu berzat, bersih dan mempunyai rasa yang enak. ini boleh membantu pelajar dalam mengekalkan tubuh badan yang sihat.
  • Amalkan riadah, namun jangan berlebihan sehingga boleh mendatangkan rasa penat pada badan, waktu yang ideal ialah sebanayak 2 atau 3 kali seminggu.
  • Jaga keselematan diri, iaitu mengelakkan daripada belakunya seberang kecederan, bagi memudahkan untuk mengulangkaji pelajaran.

2. Persediaan mental.

  • Elakkan dari mebuat gambaran yang negatif, iaitu menyerah kalah sebelum berjuang, dan berfikir bahawa diri tidak ada harapan lagi untuk berjaya.
  • Jangan merasakan diri belum bersedia, kerana ini akan melemahkan motivasi dan mental diri dalam menghadapi peperiksaan.
  • Berfikiran positif, iaitu pelajar perlu fokus apa yang perlu dilakukan dan ingin dicapai. dan tidak perlu bimbang akan hasil yang akan terjadi. tetapi bersaha bersungguh-sungguh.

3. Persediaan emosi

  • Jangan bertengkar dengan rakan-rakan, ia akan menyebabkan emosi terganggu.
  • Elakkan dari terlibat atau ke dalam 'cinta monyet' agar tidak kecundang di saat2 akhir ingin peperiksaan.
  • Jangan terlalu konfiden 'overconvident' kerana ini akan menganggu emosi anda.

4. Persediaan rohani

  • Sentiasa bermunajat kepada ALLAH.
  • Melakukan solat hajat agar dan pohon agar ALLAH tenangkan dan terangkan hati dalam menjawab peperiksaan.
  • Minta kepada Allah agar apa yang dipelajari dan diulangkaji keluar dalam peperiksaan.
  • Mohon restu dari kedua ibu napa, dan mohon doa dari mereka.
  • banyakkan berzikir dan membaca Al Quran.
  • Jauhi maksiat, kerana ia boleh menggelapkan hati,
  • Banyakkan berdoa kepada Allah. agar sentiasa diberi kemudahan dalam menjawab peperiksaan.

sentiasalah berdoa untuk kejayaan anda....

Sedikit kata-kata untuk renungan bersama :


“Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.


“Something is better than nothing”


Lakukan “Latihan Minda” setiap hari.


“If you can’t see it, you can’t have it”.


perkongsian ilmu ini aku ambil daripada salah satu blog aku paling suke ikuti perkembangannya......mungkin dengan aku paste di dalam blog aku ini, aku dapat menyebarkan lagi ilmu yang dikongsikan oleh mereka.....

diharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat membantu rakan-rakan yang lain bagi berkongsi ilmu pengetahuan...

Monday, August 23, 2010

AL QUDS dihatiku.............


bersama rakan JMK sharir....


tekun mendengat ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Fazali....


rakan-rakan BNK juga turut menyokong kepada kebebasan PALESTIN dengan menurunkan tandatangan mereka keatas banner diatas...

asyik membaca maklumat dipameran AL-Quds....


pameran tersebut juga mempamerkan buku-buku untuk santapan siswa/wi yang mengunjungi pameran tersebut....buku adalah untuk dijual...


salam kepada semua pem'view' aku nyer blog..

hari sabtu dan ahad lepas iaitu 21 dan 22 ogos telah memberikan aku satu kenangan yang tidak dapat aku lupakan...hari memperingati Masjid Al- Aqsa yang dibakar oleh tentera xionis...ini bukan cerita berkaitan dengan agama Islam sahaja tetapi isu sejagat....Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat islam....sehingga ke hari ini kekejaman tentera israel keatas bumi palestin masih tiada keusdahan...kite sebagai hamba seAkidah dengan mereka haruslah sama-sama berjuang bagi membela nasib saudara kita yang ditindas.....jika tidak dapat meyumbang tenaga dan wang ringgit, cukuplah dengan kita sentiasa berdoa demi kebaikan dan kebebasan saudara kita disana.....sempena hari memperingati tersebut, Institut Al-Quds yang dijemput ke KHAR telah menjalankan beberapa pameran dan aktiviti bagi memberikan maklumat-maklumat yang berguna kepada mahasiswa dan mahasiswi di UPSI umumnya dan KHAR khususnya...pada sebelah malamnya pula, selepas solat taraawih, aktiviti cerah juga dijalankan yang disampaikan oleh Ustaz Fazali.....berikut merupakan sedikit gambaran yang dapat saye terjemahkan melalui kamera phone saye..

p/s:harap maaf kualiti gamba tak berape bagos sebab menggunakan kamera telefon bimbit saye yang uzur..heheehh...

Monday, August 16, 2010

SahuR pErdanA......makin erat uKhwah yang teRjaliN...




salam...

pagi tadi KHAR menjalankan aktiviti sahur perdana....sebelum itu, qiamulail juga turut dilaksanakan....entry ni ringkas, saje nak tulih juge...tak tahu kenape....emmmm...nak tulis yang ilmiah2 sikit tak pandai...nak buat asggment pun malas....ni de la gamba suasana pagi tadi....ringkas tapi penuh bermakna....

Wednesday, August 11, 2010

sejuknyer.....menakluk BUKIT FRASER, pahang....







.......salam........

Alhamdulillah, selamat berbuke untuk hari pertama di bulan Ramadhan....selamat berbuke semuee....emmmm, entry yang ini pule ingin menceritakan pengalaman aku bersama tige orang lagi rakan dalam matlamat menakluk puncak bukit fraser pada hari semalam, 10 ogos.....persiapan dijalankan ala kadar jer...bekalan pun bawe cam-cam bese jer....pendakian bermule pade pukul 3.30 petang....perjalanannye sungguh mencabar, fuhh!!!...jalan die cam gitu and cam gini.....ade kelas beb....walaubagaimanapun, kami bersyukur kerana akhirnye kami berjaye ke puncaknyer....disebabkan mase tidak mengizinkan, kami hanye sempat melawat beberape tempat sahaje...yang paling best!!!!...makan durian ngan pulut....fuyohhhh!!best giler.....kat bawah nie adelah sikit gamba yang ade pade aku....yang lain2 ade dengan Razlan.....aku akan upload kemudian yer untuk gambar2 yang lebih menarik.....chow dulu...



Selamat berpose sumerrr.....


salam

entry yang singkat ni juz nak ucap selamat berpose kepade sume.....terutame my family and siblings la....pas2 sedare2 seislam denganku.....harap bulan Ramadhan tahun ini dapat aku manfaaat untuk aku membuat 1001 perubahan dalam diri ini.....mari same2 doa
" Ya ALLAH, KAU jadikanlah aku hambaMU yang paling mendapat manfaat di dalam bulan Ramadahn tahun ini, Ya ALLAH, ENGKAU pilihlah aku menjadi diantara hambamu yang mendapat petunjuk hidayah dariMU untuk menghuni syurgaMU di akhirat sana..."....amin...semoge dengan berkat Ramadhan kali ini...kite akan jadi lebih baik dari sebelum ini.....

selamat berpuase....

Monday, August 9, 2010

SAHUKA.....gempak...!!!!!!




salam...

minggu ini adalah minggu paling sibuk bagi rakan-rakan JMK ku kerana kami melaksanakan program SAHUKA...masti tertanye2 kan ape 2 SAHUKA???.....SAHUKA ialah akronim bagi SAHUTAN SUARA MERDEKA....pelbagai aktiviti yang dijalankan.....aku sebagai AJK LOGISTIK untuk minggu ini.....meskipun ajk logistik sedikit berat untuk digalas, tetapi alhamdulillah rexco2 yang berkaliber banyak membantu terutama sekali rakan JMK yang memegang AJK yang same iaitu MIRUL dan FIZAN.....terime kasih rakan2 ku.....mungkin aku tidak dapat menyumbang daripada segi tenaga tetapi sekurang2nye aku dapt menyumbangkan idea dan semangat kepada kamu semue.....azman, shan, man dan bad....anda adalah rexco yang baik....sepanjang aku memegang AJK ini anda banyak membantu dan juga banyak bertanye....maaf jike aku tidak sentiase bersame ande semasa menjalankan tugas......pada hari ahad pula, kesihatan aku tidak mengizinkan aku untuk aku terlibat di dalam setiap program pada hari itu, sehinggelah hari penutupan.....berat sangat kepale ni....kalau turun, risau2 esok lansung xdapt pergi kelas...walaubagaimanapun aku tetap mengikuti perkembangan dan perjalanan aktiviti SAHUKA....sungguh meriah dengan gerai jualan dan aktiviti yang dirancang.....MAAF yang teramat kepada YDP dan rakan-rakan JMK kerana untuk program ini, komitmen aku kepada anda terlalu kurang....mungkin kerana sebab2 tertentu dan kesihatan...tetapi aku sudah cube yang terbaik untuk ambil berat dengan AJK yang aku pegang....tahniah Francis dan Krishna....minggu ini, minggu yang amat bermakne....pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan seperti pameran, persembahan, gerai jualan, pertandingan mewarne dan sebagainye......seronok dan teruje......TAHNIAH JMK KHAR!!!...

p/s : maaf sekali lagi...kerana aku kurang terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan...gambar tiada dalam simpananku....aku cube dapatkan gambar2 yang menarik...nanti aku postkan semase entry akan datang..

Menuju Bintang.......SK DATO' KAMARUDDIN......











cube teka mana belon saya..???

1xsipot, 2xsipot, 3xsipot, hihihhihi....main sipot sedot....



pelajar gembira melihat wajah mereka sambil membaca buletin yang diedarkan semasa program...



siapa nak jawab....???





assalamualaikum...
sabtu lepas iaitu 06/08/2010, aku dan rakan2 telah menjalankan program kemahiran belajar di sk Dato' Kamaruddin.....fasilitator terdiri daripada 2 orang lelaki dan 6 orang perempuan.....golongan sasaran pula terdiri daripada pelajar darjah enam seramai 38 orang.....aku ingin bercerite tentang pengalaman sebelum hari program bermule...pertama kali menjejakkan kaki disekolah ini, aku melihat keadaan sekolah ini mempunyai kelainan sedikit daripada sekolah-sekolah yang pernah ku temui sebelum ini....aku sangat teruje untuk memulekan program dan berjumpe dengan adik2 di sekolah ini....kami bertolak ke sekolah itu, seawal jam 7.30 pagi dengan menaiki kenderaan yang dipinjam.....ishk, 2 kali trip jugak untuk menghabiskan semue fasi yang ade.....setibenyer disana, pendaftaran berjalan dengan baik.....Alhamdulillah, aku sungguh bersyukur kerana adik2 yang aku lihat didepan mataku adalah adik2 yang dahagekan ilmu yang bersungguh2 dan tidak sabar2 untuk mengikuti ape yang bakal kami sampaikan.....pada awalnye, mereka seperti malu2 untuk bercakap dihadapan....aktiviti ice breaking telah menyebabkan perasaan malu itu hilang,,,dan akhirnye mereka boleh berkomunikasi tanpa apa2 halangan.....selepas aktiviti ice breaking, sdr. abu memulakan ceramah berkaitan 5 Domain, adik2 ku tekun untuk mengikutinyer....pada sebelah petang pula, kami menjalankan aktiviti yang dinamakan explorace...lebih kurang macam kembarun le.....wah!terkejut besar aku, adik2 ni lagi aktif rupenyer....bagus2, generasi seperti ini yang kite mahu.....majlis penutup berlansung berlansung secara sederhana tetapi meriah....akhirnye kami pulang dengan perasaan yang puas....walaupunn tidak sampai sehari bersama2 pelajara ini, tetapi kami tetap memberi apa yang terbaik untuk mereka....kami harap adik2 dapat melakukan yang terbaik untuk UPSR yang akan bermula pada 21hb o9 nanti....doa kami akan mengiringi perjuangan anda....

salam sayang dari Fasilitator " Menuju Bintang "

p/s : maaf gambar2 program masih dalam proses......tunggu aku masukkan semasa entry akan datang.....maaf ya...