kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Powered By Blogger

Wednesday, September 8, 2010

ada masalah semasa belajar???....cuba ini.....



salam..

Alhamdulillah...baru je lepas bersahur...

entry ringkas ni nak berkongsi dengan adik-adik yang ingin sedikit teknik dalam belajar...almaklumlah sekarang kan dah dekat untuk adik-adik menghadapi ujian....apa yang hendak dikongsikan ini mungkin dah ramai yang pernah dengar tetapi tak ramai yang dapat praktiskan....teknik ini sangat mudah dan setiap pelajar berpontensi untuk menjadi pelajar yang cemerlang jika anda mahu....adik-adik sendiri yang memilih jalan adik-adik sendiri....

anda ingin kemana????...pilihan di tangan anda....


Teknik Belajar & Membaca SQ3R.

S - Survey (Kaji)
Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.
Q - Question (Soal)
Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

R - Read (Baca)
Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah
anda bina melalui langkah S dan Q.

R - Recite (Lafazkan semula)
Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.

R - Review (Ulang)
Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.


adik-adik mungkin pernah mendengar tentang setiap pelajar harus belajar 4 hingga 8 jam sehari...tetapi pernahkah adik terfikir adakah dengan adik belajar menggunakan masa yang terlalu lama memberi impak yang besar kepada adik-adik...percaya atau tidak jika saya katakan bahawa adik-adik boleh belajar dengan menggunakan masa yang paling minimum tetapi impaknya besar kepada adik-adik....oleh itu, adik-adik perlulah mengamalkan teknik ini dengan bersungguh...InsyaAllah adik-adik akan berjaya...
Teknik SQ3R ini melatih anda untuk menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas adik-adik sebagai pelajar. adik-adik boleh mengamalkan teknik ini dan adik-adik pasti akan dapat lebih memahami apa yang adik belajar.....mahukah adik-adik mempunyai kebolehan seperti seorang pelajar yang cemerlang???

adik-adik kan lagi maju kehadapan....

Hari yang menenangkan jiwa...SELAMAT HARI RAYA....


salam..

malam ni tepat jam 3, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua terutama family aku....hahhah...kalau nak buat ucapan yang panjang memang tak dapat la...cume ucapan selamat hari raya ni aku tujukan khas buat semua yang mengenali diri ini dan saudara seakidah denganku...tak mahu nak tulis panjang, buat ucapan awal-awal ni bagus juge sebab takut nanti tak sempat lak, almaklumlah dah sibuk dengan rayenye lagi.....hari ini juga hari lahir seseorang yang cukup penting dalam hidupku....hihihih...selamat hari lahir, moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....semoga dengan berakhirnya ramadhan kali ini, kita akan sentiasa merindui ramadhan akan datang....mari doa sama-sama sempena ramadhan yang bakal meninggalkan kita ni " YA ALLAH, aku bersyukur kepada-MU kerana engkau telah memberikan kepadaku kekuatan dalam menjalani ramadhan kali ini.... YA RAHMAN, aku bermohon kepada-MU, semoga dengan amalan yang ku lakukan sepanjang ramadhan ini mendapat rahmat dan keberkatan dari-MU, aku, hmba yang lemah ini bermohon kepada-MU, kuatkanlah imanku, mantapkanlah hatiku YA ALLAH, terimalah segala ibadahku YA ALLAH, jadikanlah hari-hariku, perbuatanku, percakapanku, dan segalanya daripadaku ini satu ibadah kepada-MU, segala yang ku lakukan dalam kehidupanku ini hanya untuk mendapat keredaan-MU YA ALLAH....Ampunilah segala dosa-dosaku, YA ALLAH peliharalah aku selama aku menanti untuk menemui ramdhan yang akan datang....amin..."...selamat hari raya sekali lagi.....bestnyer raye kali ini...hooreyyyyy....




Saturday, September 4, 2010

31 ogOs.... LOGO 1 MALAYSIA TERBESAR di KHAR...

Assalamualaikum w.b.t




vedio ini diambil dari youtube pada 2 hb ogos..terime kasih kepada penyunting vedio ini...


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya, kita seluruh warga Khar dapat merasai nikmat hasil daripada usaha yang telah dijalankan selama ini....bagi makluman pemblogger, logo 1 Malaysia terbesar ini telah menggunakan 75,000 botol terpakai dan siap sepenuhnya dimalam ambang merdeka....Segala usaha yang dilakukan akhirnya menjadi satu kenangan manis kepada seluruh warga KHAR.....LOgo terbesar ini telah dicatatkan kedalam MALAYSIA BOOK OF RECORD sebagai Logo 1 Malaysia Terbesar dengan menggunakan botol-botol terpakai....Tahniah kepada JMK KHAR dan seluruh warganya kerana berjaya mengterjemahkan simbol perpaduan dengan terhasilnya LOgo 1 Malaysia terbesar ini.....













meriahnnya rewang.....gempaknya Berbuka Puasa Perdana.....


Tarikh : 28 ogOs 2010

Masa : 9 pagi hingga 5 petang

salam....

jam ini, aku berasa bosan dan mula rajin untuk memeriahkan blog aku ni....sape yang ikut rewang baru-baru ni pasti tahu apa yang meriahnye...bile dah saling bekerjasama dan sambil tu tengok gelagat rakan-rakan lain mesti pecah perut sehari tu....emmmm...aktivit rewang ni berjalan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, tujuannya ialah hendak bergotong royong bagi menyediakan juadah berbuka puasa perdana pada hari itu......macam-macam gelagat, ketua pada hari ini ialah Makwan....isteri kepada Felo yang disayangi iaitu En. Ghazali.....semua bekerjasama dengan baik, pembahagian kerja yang mantap....aku puas hatilah ikut rewang ni....lagi satu, bile buat persiapan untuk berbuka puasa tu....hihihi...apa lagi dengan bentang tikarnya, yang sediakan hidangannya, yang bancuh airnya....MERIAHLAH....emmmm, majlis berbuka puasa tu berjalan dengan baik....Alhambulillah....

p/s : maaf gambar rewang tiada dalam simpanan dan juga kualiti gambar tidak memuaskan..harap dapat menghayati kemeriahannya....






Majlis Tadarus AL-Quran dan Majlis Penutupan Program Halawatur Ramadhan...

Tarikh ; 28 ogOs 2010
Masa : 10.30 malam

Majlis tadarus Al-Quran dan penutupan program Halawatur Ramadhan telah dijalankan disebelah malamnya pula.....meriahnya tidak kurang hebatnya apabila majlis tersebut mendapat sokongan daripada warga kolej sendiri....majlis penutupan ini dirasmikan oleh Pengetua kolej....pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang Ramadhan ini, antaranya sahur perdana, qiamulail, rewang, kuliah subuh, berbuka puasa perdana......pada malam itu juga, majlis penyampaian hadiah juga dijalankan bagi pemenang pertandingan-pertandingan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan....antara pertandingan yang dijalankan ialah membuat kad raya kreatif yang melibat semue penghuni, pertandingan nasyid, pertandingan muallif, dan pertandingan membuat buku skrap....memang terselahlah bakat penghuni kita ni....dendangan lagu nasyid juga disajikan pada malam itu iaitu jemputan daripada kumpulan nasyid KAB dan KHAR sendiri...semoga Bulan Ramadhan kali ini memberikan seribu makna bagi seluruh warga KOLEJ HARUN AMINURRASHID....









p/s : maaf, gambar malam penutup pun kurang di dalam simpanan,...saya akan cube usahakan dapat gambar yang lebih menarik...

Friday, September 3, 2010

watikah perlantikan JMK KHAR & selamat tinggal PUAN SU...

salam..

entry ringkas ni nak mengundang semua sekali menjengah tentang aktiviti JMk kali ini....pada hari khamis bersamaan 26 hb 0gos.....barisan JMk telah menerima watikah perlantikan mereka di salah sebuah restoren terkemuka di Felda Trolak......Majlis ini dijalankan sebelum berbuka puasa, semua JMk, felo, barisan pengurusan diraikan dengan meriah....tetapi ada yang lebih bermakna di dalam mejlis tersebut apabila majlis juga meraikan Puan. Su yang telah berpindah ke Kolej Ungku Omar baru-baru ini......Selamat bertugas dengan keluarga baru Puan. Su.....kami akan merindui Puan Su selalu.....majlis tamat sekitar jam 8.00 malam.....diharapkan selepas majlis ini, barisan JMk KHAr akan lebih mantap dan berpandangan jauh kehadapan......sekian...