kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Powered By Blogger

Monday, May 13, 2013

Selamat Hari IBu and Epy besday to you...

assalamualaikum w.b.t

pagi isnin yang indah, macam isnin2 yang lepas, memang berat dan maleh sangat nak bangon, tapi apekan daye isnin tetap kembali lagi....walaumacam manepun, aku mesti laluinye dengan penuh keghairahan....wahhh...Entry nie agak lambat la dibuat dan tak kene pade waktunye, tapi tak terlambat lagi nak ucap selamat hari ibu and my mom's besday pada 12.05.2013 nie, genap umo mak aku 48 tahun..betul eak??...betul la sebab mak aku lahir tahun 1965...

"....selamat hari ibu and epy besday mak....aku minte maaf atas segale dose yang telah aku lakukan, harap mak tak berkecik haty dengan setiap kelakuan aku yang tak menyenangkan mak...aku akan cube yang terbaik untuk menjadi anakmu yang soleh,...terime kasih atas pengorbanan yang begitu besar telah kau curahkan kepade aku dan anak-anak mak yang lain....sehebat mane aku, aku tidak akan pernah dapat menandingi semangat mak membesarkan kami selepas kematian ayah....aku tahu naik bangon aku, mak akan sentiase ade disisi, tidak pernah lekang untuk bagi aku semangat....aku doakan semoge mak selalu dalam kebaikan dan dirahmati Tuhan..."



DOA UNTUK IBU

Ya Allah, Engkau rahmatilah ibu ku.  Aku pohonkan rahmat Mu dan keampunan Mu untuknya.
Ya Allah, Engkau anugerahkan lah kepada dia kesihatan yang berpanjangan kerana dia telah mengandungkan aku dengan susah payah.
Ya Allah, Engkau anugerahkan sebesar-besar ganjaran kepadanya kerana telah melahirkan aku.
Ya Allah, naungilah dia dengan kasih sayang Mu kerana dia telah menyusukan aku dengan penuh kasih sayang.
Ya Allah, anugerahkan ganjaran Mu diatas kesabarannya yang telah membesarkan aku.
Ya Allah, Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisi Mu diatas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan  dengan perangai aku yang menyakit kan hatinya, mengaibkannya dan berbagai-bagai perbuatan ku.
Ya Allah, anugerahkan kepadanya semulia-mulia tempat di sisi Mu kerana dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan diatas setiap pengorbanannya dari ku.
Ya Allah, kurniakan kepadanya iman yang sempurna. Kesihatan tubuh badan yang berterusan. Mendapat Ilmu yang bermanafaat. Di murahkan rezeki yang halal. Engkau masukkn lah dia kedalam golongan orang-orang yang dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat Mu ketika mati dan mendapat keampunan Mu sesudah mati.
Ya Allah, permudahkan lah dia  ketika menghadapi sakartul maut dan lepaskan dia dari  di hisab.
Ya Allah, jangan lah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan jua.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkan mereka dengan kurnia dan nikmat Mu.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjuk Mu.


Sunday, May 12, 2013

Nak Balik Boleh Tak??

assalamualaikum w.b.t

urmm...dok lepak dari tengah hari sampai sekarang...borink tahap gaban pun ade nie...tak tahu la, aku nak balik, tapi tu la mase singkat sangat, kalau de kereta sendiri, dah lame aku lenjan balik petang nie...rindu pade family, nak sembang petang2 sambil makan pisang goreng...dengar budak melalak dan memekak di hadapan rumah...dengan bunyi ayam dok men guli ngan kucing belakang rumah...kadang2 berselang seli dengan bunyi leteran mak-mak jiran membebelkan anak-anak dyorang yang nakal..rindunye sumer tu....lagi2 main badminton ngan mak and adik, time main badminton banyak dihabiskan dengan menjolok bulu tangkis yang asik tersangkut atas bumbung umah...huhuhu, kerinduan ini amatlah menebal...tapi nak buat macam mane, nie kisah perjalanan hidup yang telahku pilih....bilela ade cuti yang panjang lagi nie....kadang2 rindu jugak dengan kerje bertukang dengan bapak, huhuhuhu..membancuh simen, memahat, memecah dinding, mengangkat batu bata,yang paling adventure, membawa lori....aku start bawak lori tak silap mase tingkatan 5 lagi...haaa, mule2 belajar pandu kenderaan 4 tayor nie ialah dengan memegang stereng lori...pe tak gile nyer, start2 belajar bawak lori dulu...best tak....cite dah pun melalut ke laut dah nie...anyway, aku tinggalkan pembace dengan satu persoalan....nak balik boleyh tak???

time aku bosan tadi, aku gatal2 dok design poster untuk suke2....poster nie takde kene mengena dengan kehidupan aku mahupun kehidupan anda...sekadar gambar hiasan...sekian...
I
I
I
I
V

gara2 kepale ting-tong petang-petang hari, sila abaikan..

rase bersendirian..

assalamualaikum. w.b.t

kadangkala mase berlalu begitu pantas, kadangkala asik bertanye, bile mase akan berlalu, seakan-akan kehidupan ini bergerak terlalu perlahan....time wat entry nie, roomate aku and the geng sedang wat pementasan kat DEwan Besar UPSI, good luck and all the best...aku owez support you all larh...seringkali diri aku ni di landa rase keseorangan...bersendirian dan mase nie la tahap nak memuhasabah diri tu meninggi sungguh...waahhh!!..banyak dah pintu2 kehidupan yang aku dah masuk, dan setiap pintu tu ade kisahnye tersendiri...Alhamdulillah, tiade pe yang dapat menandingi rase syukur aku kepadaNya terhadap anugerah kehidupan ini...mungkin tidak seperti yang lain, tapi seringkali perasaan aku di sapa kerinduan kepadaNYA...sentiaselah berfikir tentang kehidupan yang dijadikan, semoge dapat memandu ke arah akhirat yang kekal abadi...


Rasulullah Saw. bersabda, “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah Swt. daripada orang mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Capailah dengan sungguh-sungguh apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah. Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan, ‘Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, niscaya tidak akan menjadi begini dan begitu.’ Tetapi katakanlah, ‘lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya.’ Karena sesungguhnya ungkapan kata 'kalau' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan setan.’”
[HR. Muslim, Ibnu Majah dan Imam Ahmad]

FESTIVAL TEATER UPSI.....datanglah berduyun-duyun...

Assalamualaikum w.b.t

FESTERSI2013

agak lame la tidak mengupdate disini kerane masih dalam keadaan sedih selepas pe yang berlaku mase PRU 13 baru-baru nie..ape dye, no komen la jawabnye...hope de yang faham...so, today before go to another world...i would like to promote something to you all, my blog visitor..(agak terabur ayat bahase omputih disitu)...disebabkan ayat pun lintang pukang jike ditulis dalam bahase omputih nie, aku akan directly to the point je...hari ni akan dilangsungkan FESTIVAL TEATER UPSI...ape yang menariknye ade beberape fakta penting untuk anda tahu...berikut merupakan fakta dan bukan auta yang telah aku cube list kan....bace baik2 ye sahabat sumer..

1. roomate aku jadi pengarah kepada salah satu team teater untuk festival ini.
2. aku adalah kawan kepade pengarah di atas.
3. aku sering kali di tinggalkan bersendirian kerana roomate aku ni terlalu sibuk membuat latihan dalam seminggu dua nie..
4. team roomate aku nie ramai yang comel2....(mungkin tak yah masuk pun takpe kot fakta nie)
5. hero utama bagi team teater arahan roomate aku nie jugak kawan seperguruan aku...iaitu mierul..
6. mase aku menaip post nie, roomate aku merangkap bakal memenangi pengarah terbaik untuk festival ini sedang sibuk memprint poster...
7. tajuk teater yang akan dipercembahkan ialah CUCU....bukan seperti yang digembar gemburkan media sekarang-->CUCU mak LAMPIR...
8. aku merupakan pekerja belakang tabir untuk pementasan teater cucu nie..(hanya beberape kali menolong sahaje..paling banyak pun tolong tengok dan komen)..
9. menjadi tukang kayu kepada prop yang digunakan..(bukan semua, cume ketuk 2 3 batak paku je)
10. semasa latihan merupakan mase terbaik untuk tidor..(itu aku je la, bukan budak2 teater mahupun roomate aku tu)
11. rugi sape yang tak tengok live sebab mase training pun boleh tegak bulu rome dan sewaktu dengannye bile tengok dyorang nie berlakon...
12. pementasan ini ade kaitan dengan isu semase....(lebih2 lagi untuk pengundi yang masih tak celik akal dan hati)
13. kalau datang tolong bawe sapu tangan atau tisu...terdapat babak yang sangat menyentuh perasaan...(mirip scene sedih dalam cerite korea atau hindustan)..
14. masuk memang percume...(ade gak ke yang akan tolak sesuatu yang percume..macam pendidikan percume..teettt...)
15. dan banyak lagi fakta2 menarik yang korang listkan sendiri bile tengok pementasan ni sendiri.


 ^
I
I
mase dan tempat..

datanglah beramai-ramai...mungkin anda akan terserempak beberapa orang artis semasa pementasan ini..mungkin juga artis tersebut akan duduk disebelah kerusi anda...

SINOPSIS 2: CUCU

Naskhah Cucu karya Samoza atau nama penuhnya Sabri Mohd Zin mengisahkan tentang pergolakan yang berlaku di Kampung Gunung Dara. Awang, anak jati kampung tersebut yang baru pulang dari luar negara pasrah dengan kematian neneknya pada hari pertama kepulangannya ke kampung itu. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, nenek sempat mewasiatkan rumah dan tanahnya kepada Awang. Nenek juga berpesan agar rumah dan tanah tersebut tidak digadaikan kepada sesiapa. Seridewa dan Seridewi, orang berpengaruh di kampung itu yang tinggal di rumah besar berhampiran rumah nenek beranggapan bahawa kematian nenek akan memudahkan lagi urusan mereka untuk membeli tanah nenek. Namun begitu, lain pula halnya yang terjadi. Setelah nenek meninggal dunia, Seridewi diserang gangguan psikologi apabila roh nenek seolah-olah menghantuinya sehingga dia tidak boleh melihat rumah nenek gelap gelita. Awang berkeras tidak mahu memasang pelita di rumah nenek dengan alasan rumah tersebut telah menjadi miliknya dan dia berhak melakukan apa sahaja. Deris, abang sepupu Awang cuba mendesaknya agar tidak membiarkan rumah nenek gelap. Keadaan Seridewi yang bertambah teruk telah menyebabkan Pak Itam menuduh Awang sengaja mengganggu keamanan dan ketenteraman Kampung Gunung Dara. Walaubagaimanapun, Awang tetap teguh dengan pendiriannya. Dia amat tidak bersetuju dengan cara golongan kaya dan berpangkat tinggi mengaut keuntungan, kemewahan dan kesenangan daripada orang-orang kampung. Bagi Awang, orang-orang kota dan berduit itu telah mengaburi mata penduduk kampung dengan menjanjikan kemajuan dan pembangunan yang sebenarnya hanya merugikan penduduk kampung sendiri. Keesokan harinya, datang pula Sitiayu. Siapakah Sitiayu? Adakah kehadiran Sitiayu memungkinkan kemenangan berpihak kepada Pak Itam, Seridewa dan Seridewi? Sama-sama kita saksikan kesudahan cerita ini di Festersi2013.

Saturday, May 4, 2013

Selamat Pulang Mengundi

Assaalamualaikum w.b.t


Mase mengundi semakin hampir...ramai la yang pulang ke kampung halaman dan tempat mengundi masing2 bagi menunaikan kewajipan memilih pemimpin yang mampu membela dan menguruskan negara dengan telus dan amanah. Untuk kawan2 semua, aku ade terbace artikel bahawa kite akan dibangkitkan di akhirat kelak bersama pemimpin yang kite pilih dan berbaris dalam saf mereka. Oleh itu, besar kewaajipannya untuk memilih yang betul2 layak iaitu meletakkan sesuatu yang betul ditempatnye....aku pun tak pandai sangat nak berbicara, tapi turut rase bahang pilihan raya nie....dah macam hari raye pun ade jugak...so, selamat mengundi semue...

kat bawah nie ade beberape pic yang aku taip je "selamat mengundi" kat google image, keluar beberape gambar yang aku ase menarik untuk diposkan dalam blog aku nie sempena pilihan raye ke-13 nie...


 boleh tahan jugak kete macam nie kan...kreatif2...


 tetap sahabat walaupun berbeza ideologi...

 macam ucapan hari raye kan...teeetttt

 kak limah pn tak terlepas daripada menjadi calon (entah ye entah tidak)

gambar nie pun ade kaitan dengan hari mengundi, kenape ea...


~ Selamat mengundi semuee ~

Wednesday, May 1, 2013

Road to London..

Assalamualaikum w.b.t

lame tak menjengah ke blog aku nie, almaklum pilihan raye dah dekat...so aku adalah orang yang paling sibuk la dengan kerje...bukan untuk pilihan raye tapi kerje di ofis...semoge dilindungi untuk sahabat jmk lame anis fazlyn yang akan ke london hari ini...semalam buat makan2, lebih kurang reunion kecil-kecilan la jugak...dah banyak kali utarakan cadangan untuk buat reunion, tapi masih di peringkat perancangan lagi...kalau nak soh aku yang buat, memang lepas beranak 4 la korang jawabnye....makan steamboat lebih kurang, satu kepale rm 20 ringgit dan boleh makan sampai perut pecah...bak kate pepatah "biar pecah diperut. jangan pecah di mulut"...memang tak de mengena dengan citer nie....mase nak balik tu, dompet yang berisi telefon dan segala khazanahnye milik syi2 hilang...sahabat jmk yang comey dan bergaye la....lastly, pekerje kedai yang amek sebab takut hilang...meja dah booking tapi semue g amek makanan,..dan agak cerdik meninggalkan beg dompet di atas meja....pe2 pun, Alhamdulillah segalenye berakhir dengan tenang dan selamat.....thanks untuk aiskrim yang di sponsor, tak jelas sangat sape yang sponsor tapi yang penting bukan daripada kalangan sahabat mantan jmk lelaki....terima kasih semue, reunion dan makan-makan yang sungguh bermakne sambil2 celebrate Lin nak ke london..

p/s : dah order buah tangan dari london.....

yang nak pergi london tu yang pakai baju hijau dok sebelah aku tu...

Thursday, April 25, 2013

Rindu padaMU...


Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada Mu



 ~ apa yang ku impikan ~

Wednesday, April 24, 2013

jiwe yang semak..

Assalamualaikumm w.b.t

jiwa semakin semak je nie asenye...hari ini, nak follow up banyak tempat untuk wat confirmation and double check setiap universiti yang terlibat...masa yang diberikan untuk mengutip data kajian ni singkat sangat, so hurry up everybody!!!...Sorry la, actually aku pun perlu ke sabah untuk selesaikan satu misi yang penting dalam kerje aku sekarang ni. Tapi apakan daya, aku lahir je di bumi Malaysia nie, tapi tak diiktiraf pun sebagai warganye... so,jangan kan negeri sabah, nak lintas sempadan pun dah kene tangkap and kene siasat maca pengganas.....salah ke aku,..statement ni dah lame aku simpan, cume tetibe je rase kuat untuk menulisnya di dalam ini...bukan tak usaha untuk berjuang untuk itu, mungkin tiade rezeki lagi bagi aku....so, perjuangan dalam kehidupan aku masih perlu diteruskan, setiap orang ade jalan masing2, dan mengape jalan aku begini, pasti ade yang tersirat oleh pencipta yang Esa....kuatkan semangat, semak jugak bile fikirkan perkare ni, tapi redhala dengan ketentuanNye kan....sayang emak~~

apakah yang difikirkan oleh lelaki ini, adakah Tuhan sengaja membiarkan dia berjuang seperti itu, dengan batu di tangan sedangkan dia berjuang kerana agamanya, pasti ade yang tersirat disebalik itu kan...aku kene la berfikir macam tu jugak..

~rezeki di tangan Tuhan~

Tuesday, April 23, 2013

kuning macam......

assalamualaikum w.b.t

epy besday to qaira and akil....
meriah, kecoh and tenang.....hari ahad lepas celebrate hari jadi adik beradik comeyh nie,...lame gak tak celebrate hari jadi kan...so, hepy la, sambil2 tu ingat kat fahrie yang ade di kampung...dah cerdik da dye, macam2 yang dye cube explore....moge fahrie jadi penyambung hajat ibu kamu nak belajar tinggi2 yer...ibu kamu bukan tak pandai, tapi ade satu ujian yang besar menimpe pakngah dan ibu kamu...pakngah kuat sebab pakngah lelaki sebab tu pakngah boleh belajar,...tetapi ibu kamu...berkorban untuk pakngah, pakngah boleh belajar, pakngah mengadu tak de laptop, ibu kamu yang belikan...nanti dah besar kamu kene belajar tinggi2, setinggi yang mungkin, bangge kan ibu kamu yer....back to the topic...kawasan umah qaira and akil ni kawasan bendang, tuah aku agaknye, semue padi dah dituai, kebetulan padi sebelah umah qaira lambat di tanam...so, bendang tu lamabtla nak dituai padinye...tenang and cantik je...sempat la tangkap gambar...hujung minggu yang sangat bermakne....tq pade yang sudi membawe...kek besday nie memang sedap....segan nak gi tambah je...huhuhuh...

 nier ngah tunggu bace doa selamat...lajunye budak nie, macam flasman pun ade jugak...ingat tak citer flashman??..

 tomeyhnye qaira...macam mak cik dye...

 mak qaira cube pujuk qaira bagi ucapan....(aku agak je la dalam aty qaira cakap dye mane pandai cakap lagi la)...huhuhuh

 akhirnye qaira tanpa segan silu memotong kek tanpa meniup lilin yang dinyalakan....cer tengok adik kat ujung tu...terkezutt giler dye dengan tindakan qaira...

 main bola kat sawah padi...

 sebelah sane tu bendang yang dimaksudkan...kuning je kan...

nampak noooo tak pandai tangkap gambar.....ne nampak padinye kalau jaoh2 camnie....terime la hakikat aku bukan orang seni....

~ nak datang sini lagi boleh...~

masih merindu..

assalamualaikum w.b.t

sedih, gembire, kelakar, terharu, keliru...ape2 je la nak menggambarkan diri ini sekarang....teringat si comel kat umah, rindunye pak ngah kat fahrie....bile kali terakhir balik umah ea...ase2, tak sampai 24 jam...singgah je sebab ade urusan....

dye nie la si comel aku...teringat sangat dengan kamu la...huhuhu....

selesai satu perkare, datang satu perkare lagi...tapi ape alasan kite berputus ase untuk menunaikan amanah yang diberikan...amanah sebagai ape??...khalifah di muke bumi, hamba Allah, umat Nabi Muhammad s.a.w, seorang anak, seorang abang, seorang adik, seorang pakcik, seorang sahabat, seorang  pekerja, seorang dewasa, seorang berilmu, seorang lelaki, seorang dewasa, seorang, seorang yang bersaudara, seorang anak murid, seorang cikgu, seorang yang tahu, seorang yang tak tahu.....boleh tak sape2 senaraikan ape amanah yang Tuhan dah bagi dan kite sebenarnye memegang amanah besar dalam satu mase....mungkin ade amanah yang bakal menanti aku selepas ini,...amanah sebagai seorang suami, seorang ayah, seorang imam, seorang pembela, seorang ustaz kepada anak dan isteri,...dan sebagainye....rakan2, anda mahu atau tidak, kehidupan anda akan dipenuhi dengan amanah-amanah ini...teruskanlah menunaikan amanah sebaik mungkin, sebaik yang anda mampu.....lumrah dan fitrah manusia akan tergelincir daripada landasan kerana itu sebelum kewujudan mahkluk lagi Tuhan memiliki sifat Maha Pengampun....so, manusia memang dicpta untuk meminta ampun daripadaNya atas kesilapan yang sengaja atau tidak yang dilakukan....gunakanlah sebaik mungkin kelebihan untuk meminta ampun kepada Maha Pencipta....teruskan kehidupan!!!!

kerja-kerja..

assalamualaikum w.b.t

sahabat-sahabat sekalian..
moga kamu dibawah lindungan yang maha Esa..
aku doakan sahabat-sahabat semua menjalani hari-hari kamu dengan baik..
aku masih di sini, menapak di sini, melalui hari2 seperti biase,...
syukur Alhamdulillah, daripada satu ujian ke satu ujian, Tuhan bagi kekuatan untuk aku lalui dan keluar daripadanye..bukan sahaja aku yang ditimpe, malah lagi ramai di luar sane masih di uji keimanan mereka..syukur YA ALLAH..

kecederaan daripada kemalangan telah pulih hampir 95% atas izinNya...cume menanti kuku baru tumbuh je, bile gerak sengal2 sikit tu bese la, mesti ade urat2 yang masih belum berade di tempatnye, mahu atau tidak walau hujung kaki masih berdenyut, tetap kene berkasut...sangat perlu kan...minggu lepas kembali mengajar silat untuk kelas ko...hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti lagi...memang terisi jugakla masa...semalam, kerje agak tak seronok....tak nak cerite, biar empunye diri je tahu...walaubagaimanapun, aku dapat pengajaran yang bergune untuk diri aku....tetap teruskan usahe walau ditimpe musibah, jangan berhenti, nanti jadi malas....sehari menguruskan kutipan data di uitm dan upnm...sesi penerangan yang baik, sambutan yang juge baik daripada mereka,...tak salah kan merendah diri, tak hilang bisa ulur walau menyusur akar...ye dak....


"Kawan2 merupakan cermin terbaik bagi anda, cermin yang baik akan membuatkan anda sering melihat kekurangan diri yang boleh dibetulkan, tetapi cermin yang tidak??"

dipermudahkan urusan, terima kasih...

Saturday, April 20, 2013

pengapit di mana-mana...

assalamualaikum...

letih dengan kehidupan, tak beerti putus ase....
lumrah manusia, diciptakan untuk letih...
baik dengan ujian ataupun nikmat yang diberikan...

melangakh ke gerbang perkahwinan..

setelah membelek2 album yang cantik dalam lappy nie, lupe nak update gambar entry sebelum nie sal aku jadi pengapit lagi versi 2...kali ni macam agak kebaratan sikit,...pakai kod/kot/kort/blazer or same time with it....terima kasih kepada penaja aku, seluar = solihin abu hassan, blezer lak = pengantin lelaki....tali leher = aku....baju kemeja putih = aku...kasut kulit hitam rm 49.00 = aku juugakkk...hahahha....best sangat dapat interframe dalam setiap pic membe aku kawen...motiiippp sangat kan....so, better jangan tengok la...

 doa dulu sebelum makan, tukang bace doa...nak amek berkat kan, depa soh aku...jeng2...

 dari jaoh nampak cam sape...??

 laparrr....

 terkenangkan sape ea mase nie...aduyaiii, mase gambar nie bapok la ingatnyer...

 dok kipas2 je la...lepas tu bersihkan tapak tangan pengantin...lagi and lagi..

 sambil tu teman pengantin sembang2...dan jadi pengapit verstyle....

 ni mak and ayah si epul....

 agak2 dah berape lame aku berdiri...wat la posing tengah cakap2 ngan pengantin...so dapat menapak sikit...lenguh2...tapi puas haty la..

yang aku sengih nie memang macam.....(sila sambungkan ayat ini)

Tuesday, April 16, 2013

ku PIMPIN 2013...Tun Sardon, JOHOr..

assalamualaikum...

selepas 5 hari aku terlantar dan menanggung kesakitan kerane kemalangan di lebuh raye, amanah tetap amanah...ape yang dirancang perlu di laksanakan...Alhamdulillah, sabtu dan ahad or 6&7 april lepas, adik2 SMK Tun Sardon berjaye melalui kursus yang agak santai tetapi penuh bermakne bagi menjadi seorang pemimpin....moge2 dengan ape yang anda lalui dapat menjadikan anda seorang pemimpin yang unggul...bagi aku "learning by experience,trust the process"...pemimpin unggul lahir dari dalam diri anda kerana anda sendiri yang melaluinye dan tahu erti pengorbanan....hingge berjumpe lagi....

p/s : sepanjang program, luke2  masih berdarah,...tak larat berdiri, tapi gagahkan jugak demi bakal pemimpin mase hadapan ini...maju terus maju adik2...

 kamu ade power tapi segan nak keluarkan....

 pemimpin mase depan...fikirkan yang cemerlang, pasti  membawa anda ke arah kecemerlangan..

 power rangers??...altramen??...

 hati2 ribut datang...

 pegang elok2 taw...zam2 ala kazam...ziusssss....

sahabat Pro-Team...terima kasih semue....(muke tahan sakit tu)

kemanakah aku...

assalamualaikum w.bt.


Subhanallah....
Alhamdulillah...
AllahuAkhbar...

LAILAHAILLAH....

La Hawla Wala Quwwata Illa Billah....

Jom Selawat ke atas Nabi...moge2 kite mendapat syafaat daripada Baginda di akhirat kelak..amin...ape khabar yer, mesti baik2 belake kan...so, aku sampai ofis awal la sikit pagi nie, as usualy la, name pun the best worker in the year kan...huhuh, tak baik2, cam berlagak pun ade jugak....riak2, lagi tak boleh....rumah dah semakin dekat dengan ofis (even bukan umah sendiri pun, juz menumpang kejap)...makin cepat la datang ofis....kemanakah aku menghilang sebenarnye untuk 2 minggu kebelakangan ini....jeng2, finally i will show you what happen meh...family dah taw bile aku balik untuk pergi penilaian khas minggu lepas, so leyh la pos kat blog dah sebab sekarang dah makin ok....aku diberi ujian yang tak di duge lagi...xcident with my gf...haaaa, mesti fikir lain nie kan, bukan orang la, gf aku tu my motor kesayangan tu la, tapi nasib gf aku tak teruk, still boleh jalan...cume pecah lampu depan, body senget2 ckit and so on...walaweh, fes time dalam world history nie, aku jatuh moto....adeh2,sakit woooo... agak lame jugakla merangkak kalau nak ke bilik air....kaki, pinggang, bahu siku and kepale agak teruk jugak kene....helmet pun pecah,  tak tahu la pe akan jadi kalau tak ikat betul2 tu,...moral of the story is pakai helmet je tak cukup, pliz ikat sekali...tak nak tulih banyak, ase ngilu pun ade nie....sowy ea my gf, aku tak dapat nak watpe2...tapi aku janji aku akan jage ko selagi hayat di kandung badan...

 kaki kuku tercabut...aduyaiii


 kaki kuku akan tumbuh jugak kan...


kaki bengkak...banyak bergerak....

p/s : kecederaan kat badan tak dapat nak tunjuk, malu kot sebab area yang kene antare peha and pinggang....

Sunday, April 14, 2013

aku bukan hero...

assalamualaikum w.b.t

maaflah, tak dapat update selalu blog nie...agak tinggi tahap kemalasannye...harap2 lepas nie boleh rajin mengadap blog nie, walaupun sebelom nie malas jugak wat semue bende bukan stakat mengadap blog jer...Alhamdulillah,...rajin la lak kejap kan...aku bukan sesape pun bagi kamu...tak layak untuk gelar diri aku nie hero sebab aku tak mampu untuk buat ape2....aku dah buat sedaye upaye, aku dah cube ingatkan kamu...aku dah cube bercerite kepade kamu dan aku sudah tak mampu untuk lakukan ape2 untuk kamu kembali seperti dulu...ape yang aku mampu ialah berdoa, tahu tak kamu, berape ramai dan berape lame lagi aku harus menipu demi kepentingan kamu...maka, jangan anggap aku hero kamu...aku tiade ape2 untuk dibanggekan....jike aku dianggap hero, maka kamu akan lebih percaye akan aku, tetapi hati kamu tidak tetap, hati kamu masih ragu....kamu masih mahu terus di dalam dunia kamu...aku dan orang disekeliling kamu tidak tahu akan ajalnya, kamu tahu!!...malah, setiap detik yang ade ini aku akan usahe untuk kamu tidak akan rase menyesal dengan ape yang telah kamu lakukan, tetapi tidak cukup jika aku sahaje yang berusahe tetapi kamu tetap begitu....tidak mahu membuke hati untuk kami....


cube tonton vedio ini...agar kamu lebih mengerti erti kasih sayang keluarga kamu...

Saturday, April 13, 2013

terhiris lagi....

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, menjejak kaki semule di bumi tg malim semalam...peristiwe itu berulang kembali, rase tak sembuh lagi luke yang dulu...kini luke baru pule terhiris kat hati ini...mungkin jue dah ditakdirkan untuk aku....Tahniah buat sahabat seangkatan yang berjaye, namun aku ade jalan yang lain perlu di lalui...walaupun rezeki itu kelihatan sudah hampir untuk digenggam, tapi jike sudah tertulis masih lagi bukan milikku, maka ia akan terlepas jue....terime kasih kepade k.long and abang ipar sebab sudi teman and bagi semangat sampai depan hotel....mak and apak pun turut kuatkan semangat aku, katenye, belum cube belum tahu, manelah tahu rezeki kamu and Tuhan nak turunkan keajaiban...tibe di kuantan, sinar tu dah nampak cume malap jer, bile pihak pendaftaran agak kecoh dengan status aku...mase tu, aku dah kuatkan semangat, tekad memang kene hadapi kemungkinan yang aku akan diminte untuk keluar dari dewan tu....sekali lagi, selepas diminta keluar daripada sekolah, kini keluar daripada penilaian khas tu....sob...sob....sob...sedih2, aku cube pertahankan dan meyakinkan mereka...tetapi apakan daye, Tuhan lebih mengetahui ape yang tersirat hari tu....terime kasih semue, sebab aku sangat rase bahagie sepertimane kamu semue walaupun seketike...jumpe lagi di lain mase ye sahabat...teruskan perjuanganmu..


~ ingat, pintu taubat Tuhan sentiase terbuke luas ~

Wednesday, April 10, 2013

tahniah!!...

assalamualaikum w.b.t

agak lame tak berdating dengan my blog nie....
ade sesuatu menimpe diri owner  blog baru-baru ini...
apakan daye, sumernyer dugaan Tuhan yang Maha menguji...
"Allah tidak akan membiarkan hambanya dengan hanya mereka berkate mereka beriman, sedangkan mereka tidak diuji..."
aku terime ujian ini dengan redha dengan ketentuannye...
pasti ade pertolongan yang Maha Besar dariNya...

tiada ape2 yang nak dikatakan sangat untuk entry baru ni...
cume nak ucap tahniah kepade rakan-rakan yang sangat aku rindui..
tahniah untuk kejayaan yang Tuhan berikan kepade anda kerane telah berusahe dengan bersungguh-sungguh dalam jihad menuntut ilmu sebelum ini, akhirnya sebilangan besar berjaye ke penilaian khas yang berlansung di seluruh negare...

besyukur yang tidak terhingge lah wahai sahabat...
kerane nikmat atas usahe yang telah dilakukan...
malah ganjaran untuk jihad itu bukan sahaja dibayar didunie...
tetapi juge moge menjadi bekalan untuk kite di akhirat kelak...

tahniah...!!!

 zon utara...

 zon perak...

 zon kelantan...

~ nikmat duniawi, bersyukur untuk mendapatkan nikmat yang kekal di ukhrawi ~