kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Powered By Blogger

Monday, August 26, 2013

i support MORSI...

Assalamualaikum...

jawab salam ye, InsyaAllah...
Syukur kepada Allah Maha Besar yang memberikan nikmat kepada aku untuk terus hidup lagi pagi ini....keadaan  masih aman ketika aku bangon..mungkin berbeza dengan saudara2ku di mesir ataupun syria...kat sini, aku jarang sekali fikir soal kematian, tetapi saudaraku di sane mungkin  mereka berfikir tentang kematian disetiap saat kehidupan mereka.....Ya Allah, Engkau berikanlah kemenangan untuk kami...aminn..


Puas hati sekarang?

1: Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Berdekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

2: Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.

3: Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.

4: Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.

5: Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

6: Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

7: Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

8: Kita! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??

9: Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.

10: Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.

11: Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini.

12: CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka??

13: Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”

14: Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”

15: Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan?

GT

Luahan daripada seorang hamba, aku mohon share ye kat sini yer....terusik lak bile membace tulisan ni..

Tuesday, August 20, 2013

pasrah..

Assalamualaikum wbt

jemput jawab salam yer semue..
alhamdulillah...sekarang di IOI Palm Garden putrajaya...sedang berbengkel dengan kengkawan RA dari U lain...semue kengkawna dalam bilik nie ngah tekun sangat mengadap kerje...caiyokk!!...semue pasti boleh...

terfikir...

selalu tentang kehidupan nie...apa yang kite nak selalu tak dapat tapi Tuhan selalu hadirkan apa yang kite perlu...kalau aku nak cakap satu2, memang banyak la...lagi2 ape yang aku minte...tapi lagi banyak perkare yang aku tak sangke jadi and tu la pemberian paling baik daripada Tuhan untuk aku.... Tuhan tetap sayang kat aku...walaupun aku nie banyak buat dose..

 

pasrah...

dengan kehidupan sekarang...selalu jugak terlalu memikirkan mase depan...sampai satu mase aku jadi down giler kowt, stress, bengong and sewaktu dengannye...tapi aku belajar dan belajar untuk pasrah dengan segale ketentuanNya...ape yang dah jadi aku tak mampu nak ubah, ape yang ade sekarang aku pasrah dan terime...and untuk mase depan tak salah aku mencube mendapatkannya kan..."Tuhan, tenangkan la hati ini...amin.."...tak tahu nak tulih ape dah...Tuhan je la yang tahu ape yang de dalam hati nie sekarang...adiosss...

I
I
I
V
hati...jangan persoalkan itu dan ini....

Sunday, August 18, 2013

Hari Raya yang bermakna..

Assalamualaikum wbt

jemput2 makan kueh raye dan jawab salam kat atas yer sahabat2....sape boleh teka hari ni raye ke berape, sape dapat teka dapat duet raye, nak3x...macam bebudak je kan nak bagi duet raye....sape ase macam budak2 kalau dapat duet raye cer angkat kening...haaaaa, klu aku dapat duet raye aku amek je, tak kire la kalau ade yang cakap yang aku macam budak2...ke malu nak amek sebab yang bagi duet raye tu bagi pun singgit due...cer ade yang bagi duet raye kat korang tu nilainye banyak...macam 50 hinggit....tak pun 100 hinggit....200, 300, 400, atau cecah ribuan ringgit...kompem korang akan amek kan...cer jangan tipu...huhuhuhu...

bermakne..

sungguh hari raye tahun nie,...setiap tahun ade maknenye tersendiri, tapi tahun nie maknenye sangat berbeza....setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan yang Maha Besar kerana memakbulkan doa aku...sebab tu kena banyak bersabar dengan dugaannye...Alhamdulillah, segale kesulitan dan ujian sedang aku hadapi telah dipermudahkan oleh Allah.....mungkin sebelum nie, segala tindakan aku sering disalah erti oleh sesetengah orang dalam aku menyelesaikan masalah...ade yang kate aku ni teruk, tak pandai, tak tahu jalankan tanggungjawab...tapi setiap tindakan yang aku hendak lakukan aku akan bersujud dan meminte pertolongan supaye dipermudahkan...selepas segale usaha dan doa..aku serahkan segale urusan ku kepada PEMILIK urusan yang sebenar2nye...

tak banyak..

gambar kenangan raye tahun nie, tak tahu la kenape...mungkin nafsu nak bergambar tu kurang...almaklumlah, badan makin boyot je...tapi tu bukan isu utama, yang penting aku memang tak pandai bergambar pun...kalau ter'elok' posing mase bergambar tu, tu semue kebetulan belake...amacam hari raye korang ea...mesti meriah kan, cer kongsi sikit...sape nak kongsikan kaannn...nie blog pun macam aku sorang je yang bace, ne de owang datang menjengah...kate menulis untuk diri kan...tapi time kasih sebab ade jugak yang penah cakap dye pembace tegar blog aku...ade eaaakkk!!!...kalau aku nie kaye, duet billion2 an, dah lame aku belikan kete tok sape jadi pembace tegar blog nie...adoyaiii, melalut ke laut dah...sebelum pe2 cekidaut dengan gambar2 mase raye baru nie...mcam banyak je...tak banyak pun...ngan my big brother je la...

 big brother....!!!

 with my younger sister
I
I
I
V

syukur Ya Allah kerana kembalikan rasa itu....hanya TUHAN yang tahu...

Monday, August 5, 2013

Selamat Hari Lahir kak ROBIE..

Assalamualaikum wbt

jemput jawab salam kengkawan yer...
Alhamdulillah, diberi petunjuk oleh Allah, aku dah tepon mak aku tadi...and katenye "jangan balik malam, nak balik, balik esok je, hari siang"....so, thats mean aku kene bertolak lepas sahur esok la...itu pun kalau rajin kan..hahhaha....plus ngan tak mengantok...

5 Ogos 1989...

tarikh kelahiran the only one my akak la...tahun nie genap la umornye 26 tahun...26 eak, mude lagi la kan...thanks sebab banyak berkorban untuk aku....aku akan kenang sampai bile2, mane nak dapat kakak sebaik nie in this world...so, selamat hari lahir akak...semoge dipanjangkan umor and dilimpahkan dengan rezeki yang mencurah-curah....semoge kehidupan akak dalam lindungan dan rahmat Allah...tolong doakan aku yang jahil nie...huhuhuhu..tolong yer....

my kakak dengan heronyer..

adik-adik...

aku yang lain pun dah lepas tarikh lahirnye...and ade yang belom sampai masenye lagi...so nak amek kesempatan jugak la ucap selamat hari lahir kepada anda2 semua yang sangat bertuah memiliki abang macam aku nie...ecececewaahhh...(...amacam, naik lif tekan sendiri maaaa...tak de sape nak tolong tekankan untuk aku...so, pepaham je la..)..bertuahla sangat kan, sekarang baru nak ucap selamat hari lahir....mintak maaf la adik2 ku sume, mungkin korang lebih memahami kesulitan yang aku hadapi, ape2 pun aku akan cube jadi yang terbaik untuk korang sume...


maafkan aku...

Assalamualaikum wbt

jemput jawab salam ye kengkawan....
hari nie mungkin hari terakhir sebelum ramadhan berakhir untuk aku update blog nie,.pe taknye, kalau jadi balik esok, sampai umah mane ade wifi nak menjalakan aktiviti update-mengupdate nie...thanks pade sume yang sudi bersame2 dengan aku...maafkan aku di atas sumer kesilapan aku.., sungguh bermakne anda semue pada aku...tak terbalas la jase korang yang teramat banyak tu...Tuhan je la dengan KebesaranyNya yang akan memberi segala kasih dan sayangNya kepada korang sumer...amiiinnnn....

Family...
yang paling penting dan tiada ganti di dunie nie...sayang and kasih kat mereka sumer...memang banyak dugaan yang Tuhan bagi kat mereka and aku, tapi bukan untuk disia-siakan tapi pasti ade hikmahnye...
maafkan aku jike aku masih tidak sempurna dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak, adik dan abang...

aku...

sob..sob..., banyak dah dilalui,...letih jugak tapi tak seletih saudara seislam di mesir, syria, mahupun palestin....dugaan mereka lagi dasyat, tapi pernah aku bace artikel yang kate bangse2 kat sane memang kuat dan sebab tu Tuhan uji sedemikian rupa...kalau orang kite, entahla...jangan marah aku, aku terbace je and copy paste balik kat sini....kan Tuhan tak akan uji hambanya di luar kemampuannya,..so, kuatkan diri, lalui hari2 dengan redha dan berusaha...beribadahlah seperti nak mati esok hari dan bekerjalah seperti akan akan hidup seribu tahun lagi...simple tapi susah nak praktik....enrty sekadar untuk meluahkan rase yang tibe2 menjengah nie, mohon maaf banyak2....mane tahu umur tak panjang...aishh, macam banyak je amalan cakap macam tu kan....panjangkan umurku ya Allah...

cube tenung jauh ke dalam mate aku..pasti kamu tahu...
I
I
I
V
kepada bakal pelengkap tulang rusukku...

haaa...yang nie wait dulu la, tapi kepada si dia...jangan jemu dengan sy ok...sy tahu cinte sy tak seagung cinta Nabi Muhammad dan Siti Khadijah atau pun tak sehebat cinta Zulaikha kepade Nabi Yusuf...tapi sy tahu yang sy perlukan awk dalam hidup sy...

Selamat Merayakan Hari Lebaran...

Assalamualaikum wbt

jemput makan..eh! silap yer...dah la pose,..jemput menjawab salam kat atas yer...bergurau ye di bulan Ramadhan...sape yang sengih tadi, meh2 pak cik bagi gule2 untuk buke pose nanti...aiyaakkk,....Selamat menyambut Hari Raya yer..maaf zahir dan batin kalau2 aku yang jahil nie,.....ade buat salah ngan korang2 di luar sane...(tak de kalau2 nye, kompem ade la)....maafkan la yer...xdaye nak mencari korang kat padang masyar nanti tuk mintak maaf....aiyaaakkk lagi sekali...

planningnye...

nak balik pagi esok...banyak faktor and kaji selidik telah dibuat secara bersendirian dengan menemubual kelompok baju yang tak basuh dirumah dan selipar-selipar yang berselerakan di luar rumah...soal selidik tersebut menyatakan bahawa better i gerak hari esok sebab kalau hari rabu, leyh kate kenderaan kat jalan raye macam rombongan semut pulang ke sarangla...to reporter, tolong jangan putar belitkan my statement, nanti tak pasal2 kate aku samekan orang balik raye macam haiwan...huhuhuhu, jap2...pe yang aku melalut nie be*&#ng betol larh...huahuahuahua...

so..

ape yang aku nak sampaikan kat sini ialah beberape pesanan daripada lubuk hati aku kepada semua pengguna jalan rayer...

1. tolong kasihani la penunggang moto macam aku
2. bawak la dengan penuh cermat, paling cermatla dalam sejarah hidup korang kalau boleh..
3. senyum la beramai2 ketika membuat aktiviti potong memotong...(biar tak panas hati member yang kene potong tu)...
4. kalau penat, berhentilah secara berhemah, jangan la tetibe je nak buat pit stop kat bahu jalan...membahayekan penunggang macam aku nie...
5. ingatlah baju raye yang hendak di packing...t tengah2 jalan baru teringat, tak dapet den nak menolongnye...menangis la anda dalam kerete sengsorang atau pun secare berjemaah..
6. please check kenderaan korang sampai rase nak muntah tengok kete korang, jangan nanti macam tahun2 lepas aku balik kg, setiap 2 km mesti ade je kete tersadai dengan membuke bonet depan...
7. jangan lupe solat taubat..(ni untuk aku la jugak)...sebab mane nak tahu kan..jeng2...jangan marah ye, yang hidup pasti akan menemui ________...isi tempat kosong pliz..

I
I
I
V
8. yang paling penting ingat orang tersayang yer...and bakal isteri yang tersayang...wahhhaa..

walau dijauhkan tapi tetap dekat..

Assalamualaikum wbt

jemput jawab salam yer..InsyaAllah, hari anda akan lebih berkat lagi...acececewaahh...cam ustaz daa...berape ramai yang dah ade di kampung cer angkat tangan...wahhhh, ramainye..jap2 biar aku bilang sat yer....1...2...3....4....5....eh maleh la nak kire, ramai sangat nampak gayenye....macam mane puase kali ni, ape yang lebih daripada ramadhan tahun lepas...InsyaAllah, harap ramadhan kali ini penuh dengan keberkatan dan kebaikan...semoge kite mendapat kasih sayang Allah seluas-luasnye dan mendapat keampunan daripadaNYa...

walaupun..

aku telah ditakdirkan jaoh daripada dia...huhuhu, tapi tetap Tuhan mendekatkan diri ini, mungkin bukan untuk nikmat yang lain, tetapi mungkin dari jalan yang lain pula...wahhh, thanks ALLAH...Engkau Maha Besar,...setiap yang aku mintak tapi tak dapat, aku akan cube sentiase positifkan walaupun sukar...ambe nie manusie jugak bohh,...kadang2 memang kurang siuman sikit...however, try mybestest la kan...aku selalu terjumpe dalam blog or mane2 artikel tarbiah yang bagitaw Tuhan tak bagi apa yang kite hendak tapi Tuhan lebih mengetahui ape yang kite perlukan...Syukur ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang makhluk ciptaanMu...

senyum...

aku cube ukirkan senyuman tak kire la ape yang  berlaku...InsyaAllah, dengan harapan senyuman tu dapat bahagiekan siape2 yang ade disisi aku...(actualy aku bukan pandai senyum pun, huahuahua)...tak ramai yang tahu luke di hati ni, tapi aku tahu tak penting untuk mereka tahu...ape yang lebih penting untuk buat mereka bahagie...(tibe2 touching and emo lebih,...maybe nak raye dah kot, lagi2 ramadhan yang bakal menghilang nie...)....rasenye banyak yang aku gagal ramadhan kali ni...muhasabah balik ase macam nak mintak reverse balik jadi hari pertama ramadhan...

sesat..

di putrajaya baru-baru ni dengan my boss,...we were heading to putrajaya for meeting and presentation with others reseachers and RAs at KPM but confuse and lost with signboard.....after 40 minutes i guess, we got over there and luckly meeting juz starting in 5 minute...wahh, thanks ALLah once again...ase2, nikmat Allah yang mane satu lagi kite dustakan...cekidaut dengan gamba yang aku sempat snap...

 tu Prof Zarida...ketue penyelidik...passion sungguh buat pembentangan..

 Dekan and Dr. Uzi...geng daripada UPSI
 
 kesian kat member nie...pening je dye...sabarlah duhai sahabatku..

 bile nak habis presentation nie...mase nie aku dah start kene gastrik...sakit upenyer gastrik nie yer...


 design banggunan KPM kat persint 5 nie memang macam omputih...kelas kau jah..


kalau ade mase meh la datang sini...lawat2 ape yang patut...yeazzzaaa...

Friday, August 2, 2013

sekali bazar...

Assalamualaikum wbt

so, pe lagi, jemput2 la jawab salam tu...jangan takat bace jer..

ahad lopeh eden balik ko kampung eden...waahh, cakap bahaso negori lak eden nie... faham ko kalau  eden tulih dalam bahaso negori ni..kang tak pasal2, ekau ponin2 and buko poso towih...udah la jang, ponet pulak aden nie tulih bahaso nie...back to normal la kan....ramadhan kali ni, boleh kate mungkin la hanya sekali je aku dapat berbuke dengan family, memang jadual penuh mengalahkan artis, ditambah pula keadaan semasa yang tak mengizinkan, transport yang uzur dan tak dapat nak menapak jauh...oleh yang demikian, aku cube try test jugak mencari ruang dan waktu untuk pulang ke pangkuan orang tua and berbuke bersame2 mereka..

Alhamdulillah..

ahad lepas dapat jue aku merase untuk meratah dengan rakus..wahh, bahase jiwe bangse ye adik2...ratah dan ratah makanan masakan mak aku...syoknye, tiada makan yang sesedap itu,...kebetulan aku ambek adik aku kat ipoh and hantor dye balik kg, so dapat la sekali ke kg kampung..ye dak kawan2...mungkin juga sekali nie je aku dapat jenguk bazar ramadhan ni tempat kelahiran aku, iaitu TEMERLOH, bandar ikang pateenn..aku ajok sume adik2 aku plus ngan abang ipar plus ngan anak buah pergi jalan di bazaar ramadhan...

terkejut..

bila aku jejalan2 je ade je owg yang akan stop kan aku,..(bukan aku nie artis, orang dok2 tahan2 kan..)..lebih kepada kawan2 la yang lame tak jumpe then tetibe muncul di di bazar...terpancar la muke keexcitean mereka...( abis ancur bahase mat salleh ni aku buat..)..tak sempat nak sembang panjang2 sebab tujuan utam bukan nak buat reunion kan...tapi lebih kepada menikmati bazar ramadhan dan membeli pesanan-pesanan penaja di rumah...

apa boleh buat...

mungkin sekali tu je la, lepas nie plan nak balik pun malam raye...eden tak dapet cuti jang...macam mano nie...cekidaut la dengan gamba2 yang sempat aku snap...daaa..

 lepak kat mydin depan terminal amajaya ipoh...

 ade penah main menatang nie tak ??..ke masih main lagi bile tak de orang tengok..jeng3..

 sapenye keje nie, dok snap2 gambar aku nie...(aisehmen..)

 nie terminal amanjaya...front view..

 try klik kat pic bus tu..then zoom kat tingkap bus...kreatif la pakcik bus nie...

 juadah wajib lagi2 adik bongsu aku...donut...

 KARAPAI..salah satu kedai kat kg aku mase kecik2 dulu..

 kesian anak buah aku nie, dok layan pak ngah dye jalan2 kat bazar..sampai tertido lak...

zoom sikit..sebab lasak sangat, de hadiah kat dahi die, cer tengok...terhantok kot...

apa?...saya Gastrik...

Assalamualaikum wbt

Jemput ye jawab salam yang sentiase duduknye sebelum aku tulih ape2 di dalam blog ini...hari nie, hari jumaat bersamaan ramadhan ke 25...Alhadulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekian alam, yang memberi rahmat kepada hamba-hambaNYa....so, what happen ye kepada aku beberapa hari yang lalu, nak di short kan story la...lepas balik kampung hari ahad lepas, tak semena-mena aku rase tak selesa di bahagian ulu hati aku ni...wahhh, memang tak selesa la habaq hang...aku ingat small matter jer, maleh nak layan sangat...masa sahur pun, adoyaiii...macam mane nak explain kesakitan tu ye...urmmm, kalau aku boleh agak la, sakit macam kene cubit dengan cikgi Bi mase sekolah rendah...eh2, tak kot, lagi sakit dari tu beb...bergulung2 la aku macam tenggiling atas tilam...yang aku peliknye, bile dah tahan mean macam keraskan badan la...argghh, lepastu terus hilang cume berbekaskan rase perut yang tak selese....tak lame lepas tetamu tak diundang ni datang balik,..isghkk, sakit aku cakap kat ko...Tuhan je yang tahu....so, story sedih berlarutan untuk due tige hari sehingge aku give up and terus menapak kat klinik Nabilah...rupe2nye aku di sahkan gastrik...adoyaii, tak pernah ayat aku hidup separuh umo nie kene gastrikk..Dr. Nabilah ( kalau tak silap namenye sebab tak tanye pun....assume je la sebb klinik pun klinik nabila..)...bagi tahu aku yang kemungkinan sistem perut, hati, jantung and sebagai telah berubah...so, dapatla gastrik buat kali pertama...lagi satu katenye aku nie stress, sebab tu la ade juga gastrik yang meracau2 mencari mangse hinggap kat aku....Dr. bagi ubat 3 jenis, sumernye pil, beso2 lak tu...aku dah la ade cencitip skit makan ubat yang cenggini...tak pe la, layan kan je la atau oii...berbuke semalam start makan ubat,...tak ada lah hilang sekaligus...sakit tetap menyengat, tapi kurang la sikit...have nice day buddies..

 

I
I
I
V
jom doa sikit....

duit yang berkat..

Assalamualaiku wbt

Jemput la yer...jemput ape??...ehem2, fikir2 kan dan selamat beramal...so, ramadhan dah sampai ke penghujung, sedar atau tidak, diakhir2 nie makin sedih pulak rase nak meninggalkan bulan untuk umat Rasulllah ni...moge ramadhan kali ini penuh dengan keberkatan dan rahmat Tuhan kepada kita semue....semoge amalan ramadhan kali ini dapat menjamin syurge Allah ye untuk kite...InsyaAllah, doa banyak2...agak lame jugak aku di bumi di tanjung malim nie, mencari rezeki yang halal untuk aku dan keluarge aku...teringat pesanan seorang sahabat, biar duit sikit tapi berkat daripada duit banyak tapi tak berkat, tapikan lagi bagus kalau duit banyak and semuenye berkat....besar maknanye tu ye sahabat2....Alhamdulillah, banyak perkara yang dapat aku tunaikan sebagai seorang anak...dan seorang abang, syukur ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar rintihan hambaMu....sentiasa bersabar dengan ujianNya...akhirnya, Tuhan izinkan perkara yang betul2 aku inginkan berlaku...semoge keluarga aku berada dalam rahmatnya sepanjang masa...terima kasih my friends sebab banyak membantu....aku de la visit a few blog hari nie, dan beberape blog nie bagi manfaat untuk aku sampaikan...antaranye ialah cerite tentang rezeki...rezeki dah ditetapkan oleh Allah, dan keluarlah untuk menjemput rezeki yang disediakan, dia tak akan datang kalau tak dijemput...satu lagi, pesanan tuk aku and sume ye, carilah rezeki di mana jua dan kerjalah dalam ape jua lapangan yang penting halal dan tidak menggadaikan ibadah..ade jugak kerje yang buatkan kite terpakse menggadaikan ibadah kite kepada yang ESA, ade juga menjadikan ibadah itu perkare peling akhir untuk difikirkan...tak nak hurai panjang2, tapi aku rase anda cukup faham kan...cekidaout...

2 dalam 1..

Assalamualaikum wbt

Jemput jawab salam kat atas yer...Alhamdulillah, diberi kekuatan menjalani ramadhan kali ini..strait to the point la kan...baru2 nie 25-27 julai, aku berbengkel lagi tapi kali ni kat Lumut lak, tepi pantai and dekat dengan jeti mArina...name hotel nie, Best Western Marina Island Resort...3 hari nie, berkampung dengan penyelidik untuk prepare laporan and bincang analisis data bagi research yang aku dok keje nie...berpose kat hotel nie memang de ujiannye...antarenye susah nak bangon sahor and maleh nak turun pegi cafe untuk makan...ngantokk kot...pening2, ape2 pn  dah lepas kan..barang yang lepas usah dikenang lagi..cekidaut...

 berbuke kat cny...mahal kot satu kepale...

 outside view...

 sempoii jer...nak pegi berbuke je kan...

 view tasik buatan..

 baju kaler hijau bos aku...Dr. Aziz...wife and anaknye..

 rasmate...


 bilik bengkel..gambo dalam bengkel confidential, tak leyh tunjuk..

bilik hotel memang besar...leyh buat 8 orang tapi yang doknye aku sorang je...

I
I
V
maleh and maleh...segale2 nye tersangat la maleh...

Wednesday, July 17, 2013

Ceramah Pecutan Terakhir SPM/PMR -STARS-

Assalamualaikum w.b.t

Jemput jawab salam kat atas yer...InsyaAllah, dapat ape??...haaa, anda jawab sendiri ye...saje je nak post aktivit yang aku buat sehari sebelum ramadhan lepas....aku dijemput bagi sedikit talk baru2 nie bersame rakan aku di Sekolah Tun Abdul razak kat Bagan Datok...Alhamdulillah, rezeki sehari sebelum Ramadhan...Sebenarnye, sekolah nie sekolah zaman pra remaja roomate aku sekarang nie,..mase praktikal pun dye buat kat sane dengan title Ustaz Hafizan...sesi ceramah tu tak lame, dalam sejam setengah lebih kurang la, tak sampai pun...guru kaunseling sekolah tu minta untuk kami share berkaitan pecutan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar yang nak menghadapi exam tak lame lagi...so, malam tu sediakan slide ringkas yang more to bagi kesedaran kepada pelajar tentang status mereka dan paling penting terhadap ape yang telah mereka lakukan sebelum nie...betol ke tak ape yang korang buat, supaya mase berbaki nie anda akan tahu ape yang nak diperbetulkan sebab ramai diantara pelajar cube melakukan dan perbetulkan sesuatu yang mereka sendiri tidak sedar dan kurang pasti di mana silap sebenar...selit2 kan dengan sedikit motivasi dan peransang untuk mereka lebih bersemangat....Alhamdulillah, Tuhan permudahkan dan lancarkan hari kami di sana....moge dengan perkongsian yang diberikan dapat memberikan impak kepada anda...jika tidak banyak, sikit pun jadilah....love you all...InsyaAllah, ade rezeki kami akan datang lagi...terima kasih cikgu...

p/s : Pic memang takde dalam simpanan...kalau dah dapat nanti aku akan upload untuk tatapan anda..(itupun kalau ade yang nak tatap blog nie..huhuhuhu...)

Jom SELAWAT banyak-banyak...

Assalamualaikum w.b.t

Jemput jawab salam kat atas yer. InsyaAllah dapat pahale...Jom same2 ucap sebanyak2 pujian kepada Tuhan penguasa Alam...ALhamdulillah, segala puji bagiMu Ya Allah, Tuhan pemilik hari pembalasan dan hari akhirat...sape2 yang belum amalkan untuk dapat pahale extra, aku ade sesuatu nak kongsi....berape banyak kite selawat dalam sehari...sape boleh kire...kalau kire2 la secare asasnye, mungkin dalam solat je kan...itu pun kalau solat kite penuh 5 waktu, kalau tak...mungkin kiraan selawat tu makin kurang...siape sedar dengan amalan yang ade sekarang pun, nampak gayenye belum tentu dapat ke syurga Allah...so, mari same2 cube dapatkan syafaat Rasulullah kelak dengan jadi umatnya yang paling banyak berselawat kepadanya...kalau selawat tu duit yang boleh membeli syafaat Nabi, sape yang tak nak kumpul duit banyak2 supaya dapat beli syafaat tersebut,...(perumpaan untuk yang tak berape nak faham apa yang aku cuba nak explain sekarang)....aku nak kongsi satu teknik supaya kite terbiase dengan sendirinye untuk berselawat...terus terang kate, mula2 memang ase macam berat je, tapi dah lame2...InsyaAllah anda boleh....kalau anda teringat untuk berselawat, anda cuba luangkan mase mungkin dua ke lima minit untuk berselawat secara berterusan...kalau anda dapat kire lagi bagus...mungkin 30 atau 50 ulangan....then, berhenti teruskan kerja anda....tak susahkan, 5 minit tambahan untuk berselawat ke atas Nabi tanda kita sayang dan ingat pada Baginda Rasulullah...cer buat kire2, selain daripada solat, berape banyak selawat yang anda boleh berikan kepada Baginda....sifir die mudah je...24 jam sehari x dengan 6o minit = 1440 minit...so, kalau anda berselawat tanpa henti untuk 5 minit membuatkan baki hari anda kepada 1435 minit...urmmm, banyak lagi mase yang ade, kan dan tak rugi nak buat...lagi untung ade la....actually, terlalu banyak care sebenarnye jika kite mahu,..biarlah sunnah Baginda hidup dalam kehidupan kite meskipun Baginda tiada lagi....nak ingat kat Nabi kalau boleh setiap detik mase, setiap tindakanla ye...ini lebih kepada nasihat untuk aku sendiri jugak...
...jom SELAWAT....

Tuesday, July 16, 2013

Hati yang berbolak balik..

Assalamualaikum w.b.t

Jemput jawab salam kat atas yer. InsyaAllah dapat pahale...hari nie lewat sikit sampai ofies, tido kejap2 je malam tadi tak tahu ape yang tak kene...nak kongsi ke??..awal ramadhan nie, macam2 yang aku fikir,..dulu tak berape nak fikir sangat hal yang kecik2 pun tp sekarang dah fikir semule...urmmm, mungkin dulu nak fikir tapi mungkin makhluk Tuhan yang kompem2 dok menghasut aku ke arah yang tak betul tu yang buat aku tak jadi nak fikir ape patut aku fikir..ye ke dak...haaaa, kenape mate korang juling, mesti dok terjemah pe yang aku tulih nie kan...so, jangan la wat keje tak berpaedah tu...kalau tak faham, xpayah nak poyo sangat bace banyak kali yer....Tuhan Maha Besar dan berkuasa atas tiap2 hati hambanya...Maka, mari sama2 mohon dengan penuh ihklas moge kite ditetapkan dengan jalan yang lurus...lagi satu, aku mohon jugak tetapkan hati aku untuk sentiase tetap menyayangi si dia dan si dia pula tetap akan menyayangi aku...waaahhh, berjiwang pulak kan....adoyaii, pe salahnye kan, sekali sekala...ade terbace tulisan somebody ni, katenye tak kira la hendak seribu darab ngan seribu daye ke, usaha la sejuta care sekali pun, kalau Tuhan dah kate Kun Fayakun...faham2 je la kan...kite merancang and perancangan tu bagi kite amatlah hebat dan sempurna la sangat..( memang tak sempurna pun, lebih kurang macam dah janji segale bagai la...klu susah nak faham contohnye macam vedio janji budak yang kaple baru seminggu lam you tube tu..)....kan dah segale bagai dah...tapi tetap the best planner is Allah yang Maha Besar...jadikan kecewa and semue kesedihan tu macam hujan, lebat ke, renyai ke, lame ke, kejap ke, siang ke, malam ke tapi tetap akan berhenti....so, nasihat kepada adik2 yang berblog and aku terbace kisah sedih korang yang ditinggalkan and meninggalkan or sepi tanpa berita tu....udah2 lah, sedih tu memang boleh sebab sedih nie ciptaan Tuhan, tapi janganlah berpanjangan or sampai entry korang buat tu berderet2 je cerite pasal kesedihan korang ditinggalkan oleh kekasih hati...cuba salurkan kesedihan korang tu kepade yang sepatutnye....menangislah atas tikar sejadah,.....aku pernah mendengar kuliah daripada ustaz yang katenye " Kalau nak memhonon ape2, mohonlah kepade Tuhan, keluarkan la air mate apabile memohon sesuatu, kalau tak boleh keluarkan air mate, maka berbuatlah seolah-olah kamu menangis"...thanks ustaz, sebab memang tengah dipraktikkan...amacam, ade faham tak sekarang...uishh, tadi ase macam nak tulih ckit jer..nie dah terpanjang pulak...so, selamat melalui siang ramadhan dengan penuh ihklas...


Monday, July 15, 2013

Kebahagian itu...

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.

- Dr.Maza -

Cinta Terakhir...

Assalamualaikum w.b.t

Jemput jawab salam kat atas yer. Amcam puase, k tak?...harap kengkawan yang terbace post nie dapat pe yang dihajatkan kan setakat nie, dan jangan berhenti berharap ye...dan aku lak, moge2 aku akan tergolong dalam golongan orang yang paling beruntung ramadhan kali ini...huhuhuhu..so, jom layan lagu...bile dengar lagu nir, terus terpk nak boh dalam blog nie,...owang cakap klu dah berhajat, bek kite buat...mane la taw tak kesampaian nanti...kang kempunan pulak 7 keturunan nak post lagu nie kan...(pe yang ke laut melalut aku nie...)..layan je la...moge kesudahan yang baik untuk kisah aku ni...pe2 pun jangan ragu dengan ketentuan Tuhan...cekidaot...


Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang korus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang korus

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

I
I
I
V
klik kat tajuk lagu...cer try...

Saturday, July 13, 2013

Hampir separuh usia kehidupanku..

Assalamualaikum w.b.t

Jemput jawab salam kat atas yer, InsyaAllah dapat pahale...Harap2 bulan Ramadhan nie kite semue diberi nikmat kesihatan untuk memperbanyakkan amalan,...pejam celik, hari demi hari berlalu...tanpa aku sedar, aku semakin hampir dengan umur yang mungkin aku boleh katekan separuh usia kehidupanku...itu pun kalau takdir menetapkan aku hidup untuk 5o tahun...jika kurang daripada itu, aku sudahpun hidup lebih daripada separuh usia aku...fuhh!! senak dade bile ingatkan semue nie....aku xbanyak mase dah dalam kehidupan nie, amalan pun tak tahu kemane...kalau muhasabah diri balik, dengan amalan macam nie, mana mungkin boleh ke syurga Allah....Ya Allah, ampunkan lah dose2 aku, dari sekecil2 dose hingge sebesar2 dose yang telah aku lakukan...ampukanlah dose2 yang sengaje atau tidak sengaje aku lakukan...dan ampukanlah dose2 ku yang kau lebih mengetahuinye....Kite merancang, dan Tuhan juga merancang, tetapi DIA lah sebaik-baik perancang....moge dengan baki umur yang ade, aku mohon sangat2 supaye seluruh kehidupan aku mendapat keredhaan daripada Allah..InsyaAllah....fikir2 balik, ape yang aku dah buat dalam separuh umur aku nie, banyak sangat yang salahnye, kurang sangat yang baiknye, malu jugak pade diri sendiri...kenape aku jadi macam nie, kenape aku macam tu....kadang2 tu, banyak sangat dah menyesal, tetapi selalu jugak ulang mende yang same...ulang dan ulang...ke manakah aku bile dah hampir separuh usie kehidupanku...

I
I
I
V
jahilnye aku tentang kehidupan...

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Jemput jawab salam kat atas yer...tak terlambat rasenye nak ucap salam ramadhan tok semue kengkawan bloger....InsyaAllah, betulkan niat dan rebut peluang yang ade untuk peroleh ramadhan yang terbaik sepanjang umur pada kali ini...mane tahu tak jumpe dah ramadhan seterusnye...jom ramai2 pergi terawih,..cop2...nak share ngan korang pasal terawih nie leyh,..ade yang cakap macam nie...

1. Terawih sunat je kan, tak buat pun tak pe..
2. Alaaa, terawih nak pergi masjid, tapi kalau solat fardhu xnak pulak...
3. Terawih kat umah pun boleh kan..
4. Esok la buat terawih, kan ade 29 malam lagi...and so on laaa...

dan juga mungkin banyak lagi la alasan yang kebanyakan orang akan buat mengenai terawih nie, tapi ape2 pun tepuk dada tanye la iman yerr...jawapan yang terpikir untuk alasan2 yang penah denga kat atas tu lebih kurang macam nie..

1. Memang la terawih tu sunat, kalau ko buat ko yang dapat pahale kan...bukan aku...klu ko tak buat pun bukan aku dapat dose pun...kaaannn...
2. Amboihh, yang pergi masjid aku..bukan ko, atlest isyak aku jemaah kat masjid...ade jugak satu solat fardhu kat masjid...
3. Boleh je, buatla kat mana2 solat terawih nie, nak lagi afdal buatla jemaah kat masjid, boleh kenal JKKK masjid..
4. Kenape tak cakap bulan ramadhan tahun depan kan ade lagi...ishkkk..what ever la oii...


I
I
I
V
Jangan lupe perbanyakkan amalan dalam bulan ramadhan yer...

Wednesday, July 10, 2013

Rembau MOst wantEd yaoww..

Assalamualaikum w.b.t

Jemput jawab salam kat atas yer. Syukur banyak2 kepada Allah, Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan...Semalam, hampir seharian berada di Rembau,..aku menunggu agak lama jugak la di hadapan, di dalam, kiri dan kanan pejabat YB Khairi Jamaluddin di Rembau..Hasrat untuk berjumpa dengan YB memang dah lama terbuku dihati...ade sesuatu yang ingin dibincangkan dan aku memerlukan pertolongan orang sehebat YB nie...dengan bantuan daripada sahabat aku yang memang rembau most wanted punye penduduk, dye banyak usaha untuk cuba dapatkan maklumat bile YB KJ akan berada di pejabat perhubungan BN di Rembau...perjalanan aku bermula pada hari isnin, mule2 ke Teluk Intan atau lebih spesifik lagi ke Bagan Datoh, untuk bagi sikit talk atau perkongsian dengan palajar SPM SMK Tun Abdul RAzak..Ceramah start kol 1 lebih kurang habis sejam setengah kemudian,...bergegas jugak la ke stesen bas teluk intan, tapi tiket bas malam je untuk ke seremban...ape lagi, tak fikir panjang aku and roomate terus tekan minyak ke tanjung malim....sesampai je tanjong malim terus amek ketapi ke seremban.....terus terang la kan kat korang, nie fes time aku nek tren ke seremban, lame tak lame jugak la, makan mase 3 jam lebih2 sikit kot...berape kali tertido pun aku tak pasti....malam tu, adik akim datang jemput aku and aku tido umah dye semalam...esok menapak kat pejabat YB kol 10 and staf kat dalam cakap kene tunggu sebab YB dah tukar mase, dyorang soh datang petang....dah aku pun tak fikir panjang mase tu, almaklum...akal aku ni pn tak la panjang sangat...aku terus tunggu tanpa register, sambil2 tu duduk kat kantin mak akim nie, bantu2 ape yang patut....lepas zohor pergi balik, tup2 dah berduyun2 orang kat dalam pejabat...perghh, aku pun pergi la register and dapat no 33...perghh, ramai tu...nak ke YB denga citer aku nanti...tunggu dengan penuh harapan,...YB sampai je depan pintu, aku senyum lebar2 and sambut le macam penyambut tetamu...huhuhu, harap2 ade harapan....akhirnye dapat bertemu walau pertemuan tu singkat sangat, aku cuba explain sebaik mungkin, mase suntuk sangat aku tak tahu nak mula dekat mane and akhir kat mane,...citer mane yang sempat je...and last YB panggil pegawai khas dye and minte tolong buat surat untuk aku....fuhh!!..lege la jugak, walau tak tahu kesudahan dye macam mane, tapi nak cakap satu mende la...memang terbaiikkk la YB KJ....peramah and mudah melayan kerenah rakyat...aku bukan nak mengampu or macam setengah orang cakap nak jd ma*&i kan, tapi bile ade kat depan mate, memang nampak aura sebagai pemimpin tu...so, kate pegawai khas YB, dye akan buat surat sokongan daripada Menteri Belia dan Sukan kepada Menteri Dalam Negeri, dan last sekali dye kate dye akan cube aturkan pertemuan dengan YB Dalam Negeri...usaha pun dah, and mencuba pun dah,,,tinggal lagi, tawakal dan doa banyak2...aku amek bus balik TM kol 6 macam tu, then tukar bas kat pudu jam 8 lebih kurang...sampai je dekat TM, kengkawan sume tak dapat dihubungi, aku pun walk away la ke kampus lame daripada pekan and tunggu shuttle bas...dekat sejam lebih tunggu, bas gerak kol 11 and sampai la kat kolej yang di rindui..huhuhuhu...letih kot, rase mok tidor saja...

 pejabat YB KJ...Menteri Parlimen Rembau..


 Kereta YB KJ

 memang ramai sangat Rakyat yang jumpe YB..

Sempat la bergambar dengan YB before balik...(gaye rambut aku pn dah macam ape, menunggu hampir beberapa jam..tapi takde la lame macam tunggu giliran kat hospital kerajaan)

Thursday, July 4, 2013

Makin jauh..

Assalamualaikum wbt

jemput jawab salam kat atas yer..makin jauh je rase, jauh dengan ape yer...ntahla, tak tahu nak cakapla,..perasaan tu timbul dalam benak hati ini....mungkin ke perasaan je, mungkin tidak....nak abaikan je, tapi makin kuat rasenye.....makin tak nak layan, makin rase tu datang...sape2 leyh bantu aku....FYAI, for two days nie i will work alone at ofis, my ofis mate sumer pergi bengkel lagi untuk kajian...Dr. cakap nak hantar 2 orang je, teammate ade 2 orang..so, yang pergi dyorang je la..yang aku nie kene tinggal, kenape tak hantar 3 orang kan...sebabnye kalau hantar 3 orang nanti takde orang buat kerje2 at pejabat....aku nie dikorbankanlah untuk tidak pergi, lagipun aku memang ade hal untuk hari sabtu nie,...so, besar kemungkinan aku tak dilepaskan pergi sebab aku tak dapat nak join bengkel hari sabtu tu....positip2, yang aku nak share kan ngan readers sumer ialah plizz be grateful owez wit what you have,...tak salah nak mengharap ape yang mendatang, tetapi sentiase lah bersyukur dengan ape yang ade..Tuhan kan dah janji kalau kite bersyukur Dia akan tambah lagi and lagi....tersentap bile mengoogle sebelum nie and terfoundla gambar nie...syukur Ya Allah, aku sentiase mengingkari suruhanMu, tetapi Engkau tetap belas kasihan terhadap aku, hambamu yang hina ini...so, what do you think about him??...

I
I
I
V
berikanlah dye kekuatan untuk kehidupan sementare ini...