sidang pembaca sekalian, aku nak tanye satu soklan..pernah tak anda berasa resah dan sangat keliru bila nak buat keputusan...ermmm, kalau tak pernah tu tipu sangat la kan...bile dengar je solat istikharah nie, ramai yang terfikirkan jodoh,...kenape istikharah selalu dikaitkan dengan jodoh...and kalau cakap solat istikharah, automatik kaitkan dengan nak pilih jodoh...hey, hello, bukan untuk pilih jodoh je taw...ape jua yang berkaitan dengan soal memilih yang agak keberatan dan mempunyai pilihan dan anda tidak mempunyai kepastian....lebih disarankan untuk melakukan solat ini...INGAT !! solat Istikharah bukan semasa untuk memilih jodoh sahaja...
kadang kala dalam kehidupan ini banyak keresahan yang melanda dalam membuat keputusan...seringkali keliru dan tidak tetap rasa hati untuk memilih yang terbaik dalam hidup...tenanglah duhai hati, sesungguhnya ada yang lebih mengetahui tentang keresahanmu itu...DIA yang maha esa lebih mengetahui tentang makhluk ciptaannya...maka, mohon lah bantuan kepada-Nya...Tiada yang lebih menenangkan hati apabila sentiasa mengadu kepada yang satu dan yang berhak...jika telah mendapat petunjuk dari-Nya, ikuti jalan itu dengan redha, dan apa jua yang berlaku selepas itu, sentiaselah berserah kepada-Nya kerana sentiasa ada hikmah di atas setiap kejadian...
DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT ISTIKHARAH
Solat Istikharah ini telah
diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah
radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam
segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari
al-Qur’an.. Baginda bersabda:
إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:
Maksudnya:
Jika salah seorang di antara
kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia
mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca
doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ
بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
فَإِنَّكَ
تَقْدِرُ
وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ
الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ
خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ:
عَاجِلِ
أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي
فِيهِ
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي
دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ
أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ
لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku
memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan
kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana
sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali,
Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui
hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa
urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang
dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir
urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun
yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia
untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya.
Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama,
kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu
yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu
dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu
bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku
orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.
Maksudnya:
Baginda bersabda: Hendaklah
dia menyebutkan apa yang dihajatkannya.
– Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no:
1162.
RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2)
Takbiratul
Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah al-Fatihah
5)
Membaca Surah al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)
Membaca doa
Istikharah
Hendaklah bagi
seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan
dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu.
Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu
Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa
adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk
kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada
tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri
kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima
keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:
وَعَسَىٰ أَنْ
تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا
شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ
وَاللَّهُ
يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya:
…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216
~ sekadar berkongsi, Insya Allah amalkan bersama ~
3 comments:
thanx :)
Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
Post a Comment