kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Powered By Blogger

Tuesday, May 14, 2013

LAmpu keluArga...


Assalamualaikum a.b.t

sekadar untuk renungan bersama...tatkala meraih amanah yang diberi, bace lah sebanyak mungkin kisah amanah sebagai pemimpin, moge menjadi tembok pemisah antare kite dan azab Tuhan...


Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah

Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”

Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?"

Maka jawab ayahnya: "Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga." Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda." Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.


~ renungkan kata-kata ini ~

Monday, May 13, 2013

Buatlah suatu KEBAIKAN yang terus hidup...


 asSALAMualaikum w.b.t


sentiase saling mengingati tidak salah bukan...aku teringat nasihat yang diberikan oleh GPK 1 aku mase sekolah2 dulu...nasihat nie terpahat sangat kat hati aku...katenye, seorang pencuri tidak pernah di larang untuk menasihati orang lain untuk jangan mencuri kerana semoge dengan nasihat itu, dye adalah orang pertame di kalangan pencuri-pencuri yang akan bertaubat dan berubah kerana nasihatnye itu....walaupun anda tidak sempurna dalam agama tetapi tiada larangan untuk kite bagi menyampaikan sesuatu yang baik, moge2 dengan ape yang kite sampaikan dapat menjadikan kite orang pertame yang bertaubat dan mendapat hidayah daripada Allah...InsyaAllah, doakan yang terbaik buat semue...



Sufyan at-Tsauri, seorang ulama’ hadis yang terkemuka menyatakan bahawa ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia. iaitu :

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerap membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.

4. Orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan keselamatan arwah mereka.

5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama’ tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

7. Dua orang lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling bertanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkannya dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Orang muda yang membiarkan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekertinya.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

~ InsyaAllah ~

Selamat Hari IBu and Epy besday to you...

assalamualaikum w.b.t

pagi isnin yang indah, macam isnin2 yang lepas, memang berat dan maleh sangat nak bangon, tapi apekan daye isnin tetap kembali lagi....walaumacam manepun, aku mesti laluinye dengan penuh keghairahan....wahhh...Entry nie agak lambat la dibuat dan tak kene pade waktunye, tapi tak terlambat lagi nak ucap selamat hari ibu and my mom's besday pada 12.05.2013 nie, genap umo mak aku 48 tahun..betul eak??...betul la sebab mak aku lahir tahun 1965...

"....selamat hari ibu and epy besday mak....aku minte maaf atas segale dose yang telah aku lakukan, harap mak tak berkecik haty dengan setiap kelakuan aku yang tak menyenangkan mak...aku akan cube yang terbaik untuk menjadi anakmu yang soleh,...terime kasih atas pengorbanan yang begitu besar telah kau curahkan kepade aku dan anak-anak mak yang lain....sehebat mane aku, aku tidak akan pernah dapat menandingi semangat mak membesarkan kami selepas kematian ayah....aku tahu naik bangon aku, mak akan sentiase ade disisi, tidak pernah lekang untuk bagi aku semangat....aku doakan semoge mak selalu dalam kebaikan dan dirahmati Tuhan..."



DOA UNTUK IBU

Ya Allah, Engkau rahmatilah ibu ku.  Aku pohonkan rahmat Mu dan keampunan Mu untuknya.
Ya Allah, Engkau anugerahkan lah kepada dia kesihatan yang berpanjangan kerana dia telah mengandungkan aku dengan susah payah.
Ya Allah, Engkau anugerahkan sebesar-besar ganjaran kepadanya kerana telah melahirkan aku.
Ya Allah, naungilah dia dengan kasih sayang Mu kerana dia telah menyusukan aku dengan penuh kasih sayang.
Ya Allah, anugerahkan ganjaran Mu diatas kesabarannya yang telah membesarkan aku.
Ya Allah, Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisi Mu diatas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan  dengan perangai aku yang menyakit kan hatinya, mengaibkannya dan berbagai-bagai perbuatan ku.
Ya Allah, anugerahkan kepadanya semulia-mulia tempat di sisi Mu kerana dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan diatas setiap pengorbanannya dari ku.
Ya Allah, kurniakan kepadanya iman yang sempurna. Kesihatan tubuh badan yang berterusan. Mendapat Ilmu yang bermanafaat. Di murahkan rezeki yang halal. Engkau masukkn lah dia kedalam golongan orang-orang yang dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat Mu ketika mati dan mendapat keampunan Mu sesudah mati.
Ya Allah, permudahkan lah dia  ketika menghadapi sakartul maut dan lepaskan dia dari  di hisab.
Ya Allah, jangan lah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan jua.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkan mereka dengan kurnia dan nikmat Mu.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjuk Mu.


Sunday, May 12, 2013

Nak Balik Boleh Tak??

assalamualaikum w.b.t

urmm...dok lepak dari tengah hari sampai sekarang...borink tahap gaban pun ade nie...tak tahu la, aku nak balik, tapi tu la mase singkat sangat, kalau de kereta sendiri, dah lame aku lenjan balik petang nie...rindu pade family, nak sembang petang2 sambil makan pisang goreng...dengar budak melalak dan memekak di hadapan rumah...dengan bunyi ayam dok men guli ngan kucing belakang rumah...kadang2 berselang seli dengan bunyi leteran mak-mak jiran membebelkan anak-anak dyorang yang nakal..rindunye sumer tu....lagi2 main badminton ngan mak and adik, time main badminton banyak dihabiskan dengan menjolok bulu tangkis yang asik tersangkut atas bumbung umah...huhuhu, kerinduan ini amatlah menebal...tapi nak buat macam mane, nie kisah perjalanan hidup yang telahku pilih....bilela ade cuti yang panjang lagi nie....kadang2 rindu jugak dengan kerje bertukang dengan bapak, huhuhuhu..membancuh simen, memahat, memecah dinding, mengangkat batu bata,yang paling adventure, membawa lori....aku start bawak lori tak silap mase tingkatan 5 lagi...haaa, mule2 belajar pandu kenderaan 4 tayor nie ialah dengan memegang stereng lori...pe tak gile nyer, start2 belajar bawak lori dulu...best tak....cite dah pun melalut ke laut dah nie...anyway, aku tinggalkan pembace dengan satu persoalan....nak balik boleyh tak???

time aku bosan tadi, aku gatal2 dok design poster untuk suke2....poster nie takde kene mengena dengan kehidupan aku mahupun kehidupan anda...sekadar gambar hiasan...sekian...
I
I
I
I
V

gara2 kepale ting-tong petang-petang hari, sila abaikan..

rase bersendirian..

assalamualaikum. w.b.t

kadangkala mase berlalu begitu pantas, kadangkala asik bertanye, bile mase akan berlalu, seakan-akan kehidupan ini bergerak terlalu perlahan....time wat entry nie, roomate aku and the geng sedang wat pementasan kat DEwan Besar UPSI, good luck and all the best...aku owez support you all larh...seringkali diri aku ni di landa rase keseorangan...bersendirian dan mase nie la tahap nak memuhasabah diri tu meninggi sungguh...waahhh!!..banyak dah pintu2 kehidupan yang aku dah masuk, dan setiap pintu tu ade kisahnye tersendiri...Alhamdulillah, tiade pe yang dapat menandingi rase syukur aku kepadaNya terhadap anugerah kehidupan ini...mungkin tidak seperti yang lain, tapi seringkali perasaan aku di sapa kerinduan kepadaNYA...sentiaselah berfikir tentang kehidupan yang dijadikan, semoge dapat memandu ke arah akhirat yang kekal abadi...


Rasulullah Saw. bersabda, “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah Swt. daripada orang mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Capailah dengan sungguh-sungguh apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah. Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan, ‘Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, niscaya tidak akan menjadi begini dan begitu.’ Tetapi katakanlah, ‘lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya.’ Karena sesungguhnya ungkapan kata 'kalau' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan setan.’”
[HR. Muslim, Ibnu Majah dan Imam Ahmad]

FESTIVAL TEATER UPSI.....datanglah berduyun-duyun...

Assalamualaikum w.b.t

FESTERSI2013

agak lame la tidak mengupdate disini kerane masih dalam keadaan sedih selepas pe yang berlaku mase PRU 13 baru-baru nie..ape dye, no komen la jawabnye...hope de yang faham...so, today before go to another world...i would like to promote something to you all, my blog visitor..(agak terabur ayat bahase omputih disitu)...disebabkan ayat pun lintang pukang jike ditulis dalam bahase omputih nie, aku akan directly to the point je...hari ni akan dilangsungkan FESTIVAL TEATER UPSI...ape yang menariknye ade beberape fakta penting untuk anda tahu...berikut merupakan fakta dan bukan auta yang telah aku cube list kan....bace baik2 ye sahabat sumer..

1. roomate aku jadi pengarah kepada salah satu team teater untuk festival ini.
2. aku adalah kawan kepade pengarah di atas.
3. aku sering kali di tinggalkan bersendirian kerana roomate aku ni terlalu sibuk membuat latihan dalam seminggu dua nie..
4. team roomate aku nie ramai yang comel2....(mungkin tak yah masuk pun takpe kot fakta nie)
5. hero utama bagi team teater arahan roomate aku nie jugak kawan seperguruan aku...iaitu mierul..
6. mase aku menaip post nie, roomate aku merangkap bakal memenangi pengarah terbaik untuk festival ini sedang sibuk memprint poster...
7. tajuk teater yang akan dipercembahkan ialah CUCU....bukan seperti yang digembar gemburkan media sekarang-->CUCU mak LAMPIR...
8. aku merupakan pekerja belakang tabir untuk pementasan teater cucu nie..(hanya beberape kali menolong sahaje..paling banyak pun tolong tengok dan komen)..
9. menjadi tukang kayu kepada prop yang digunakan..(bukan semua, cume ketuk 2 3 batak paku je)
10. semasa latihan merupakan mase terbaik untuk tidor..(itu aku je la, bukan budak2 teater mahupun roomate aku tu)
11. rugi sape yang tak tengok live sebab mase training pun boleh tegak bulu rome dan sewaktu dengannye bile tengok dyorang nie berlakon...
12. pementasan ini ade kaitan dengan isu semase....(lebih2 lagi untuk pengundi yang masih tak celik akal dan hati)
13. kalau datang tolong bawe sapu tangan atau tisu...terdapat babak yang sangat menyentuh perasaan...(mirip scene sedih dalam cerite korea atau hindustan)..
14. masuk memang percume...(ade gak ke yang akan tolak sesuatu yang percume..macam pendidikan percume..teettt...)
15. dan banyak lagi fakta2 menarik yang korang listkan sendiri bile tengok pementasan ni sendiri.


 ^
I
I
mase dan tempat..

datanglah beramai-ramai...mungkin anda akan terserempak beberapa orang artis semasa pementasan ini..mungkin juga artis tersebut akan duduk disebelah kerusi anda...

SINOPSIS 2: CUCU

Naskhah Cucu karya Samoza atau nama penuhnya Sabri Mohd Zin mengisahkan tentang pergolakan yang berlaku di Kampung Gunung Dara. Awang, anak jati kampung tersebut yang baru pulang dari luar negara pasrah dengan kematian neneknya pada hari pertama kepulangannya ke kampung itu. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, nenek sempat mewasiatkan rumah dan tanahnya kepada Awang. Nenek juga berpesan agar rumah dan tanah tersebut tidak digadaikan kepada sesiapa. Seridewa dan Seridewi, orang berpengaruh di kampung itu yang tinggal di rumah besar berhampiran rumah nenek beranggapan bahawa kematian nenek akan memudahkan lagi urusan mereka untuk membeli tanah nenek. Namun begitu, lain pula halnya yang terjadi. Setelah nenek meninggal dunia, Seridewi diserang gangguan psikologi apabila roh nenek seolah-olah menghantuinya sehingga dia tidak boleh melihat rumah nenek gelap gelita. Awang berkeras tidak mahu memasang pelita di rumah nenek dengan alasan rumah tersebut telah menjadi miliknya dan dia berhak melakukan apa sahaja. Deris, abang sepupu Awang cuba mendesaknya agar tidak membiarkan rumah nenek gelap. Keadaan Seridewi yang bertambah teruk telah menyebabkan Pak Itam menuduh Awang sengaja mengganggu keamanan dan ketenteraman Kampung Gunung Dara. Walaubagaimanapun, Awang tetap teguh dengan pendiriannya. Dia amat tidak bersetuju dengan cara golongan kaya dan berpangkat tinggi mengaut keuntungan, kemewahan dan kesenangan daripada orang-orang kampung. Bagi Awang, orang-orang kota dan berduit itu telah mengaburi mata penduduk kampung dengan menjanjikan kemajuan dan pembangunan yang sebenarnya hanya merugikan penduduk kampung sendiri. Keesokan harinya, datang pula Sitiayu. Siapakah Sitiayu? Adakah kehadiran Sitiayu memungkinkan kemenangan berpihak kepada Pak Itam, Seridewa dan Seridewi? Sama-sama kita saksikan kesudahan cerita ini di Festersi2013.

Saturday, May 4, 2013

Selamat Pulang Mengundi

Assaalamualaikum w.b.t


Mase mengundi semakin hampir...ramai la yang pulang ke kampung halaman dan tempat mengundi masing2 bagi menunaikan kewajipan memilih pemimpin yang mampu membela dan menguruskan negara dengan telus dan amanah. Untuk kawan2 semua, aku ade terbace artikel bahawa kite akan dibangkitkan di akhirat kelak bersama pemimpin yang kite pilih dan berbaris dalam saf mereka. Oleh itu, besar kewaajipannya untuk memilih yang betul2 layak iaitu meletakkan sesuatu yang betul ditempatnye....aku pun tak pandai sangat nak berbicara, tapi turut rase bahang pilihan raya nie....dah macam hari raye pun ade jugak...so, selamat mengundi semue...

kat bawah nie ade beberape pic yang aku taip je "selamat mengundi" kat google image, keluar beberape gambar yang aku ase menarik untuk diposkan dalam blog aku nie sempena pilihan raye ke-13 nie...


 boleh tahan jugak kete macam nie kan...kreatif2...


 tetap sahabat walaupun berbeza ideologi...

 macam ucapan hari raye kan...teeetttt

 kak limah pn tak terlepas daripada menjadi calon (entah ye entah tidak)

gambar nie pun ade kaitan dengan hari mengundi, kenape ea...


~ Selamat mengundi semuee ~