kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Powered By Blogger

Monday, May 13, 2013

Buatlah suatu KEBAIKAN yang terus hidup...


 asSALAMualaikum w.b.t


sentiase saling mengingati tidak salah bukan...aku teringat nasihat yang diberikan oleh GPK 1 aku mase sekolah2 dulu...nasihat nie terpahat sangat kat hati aku...katenye, seorang pencuri tidak pernah di larang untuk menasihati orang lain untuk jangan mencuri kerana semoge dengan nasihat itu, dye adalah orang pertame di kalangan pencuri-pencuri yang akan bertaubat dan berubah kerana nasihatnye itu....walaupun anda tidak sempurna dalam agama tetapi tiada larangan untuk kite bagi menyampaikan sesuatu yang baik, moge2 dengan ape yang kite sampaikan dapat menjadikan kite orang pertame yang bertaubat dan mendapat hidayah daripada Allah...InsyaAllah, doakan yang terbaik buat semue...



Sufyan at-Tsauri, seorang ulama’ hadis yang terkemuka menyatakan bahawa ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia. iaitu :

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerap membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.

4. Orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan keselamatan arwah mereka.

5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama’ tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

7. Dua orang lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling bertanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkannya dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Orang muda yang membiarkan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekertinya.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

~ InsyaAllah ~

1 comment:

Anonymous said...

Maaf.. saya berterus terang ... walaupun saya kurang bersetuju dengan awak.
.. tapi saya akui... pendapat awak memang logik dan pos nih memang menarik.

.

Also visit my website: Tips Isteri Kesayangan