selamat pagi semue,..ungkapan maaf dan memaafkan seringkali kite dengar tetapi percaye lah bukan mudah untuk dilafazkan...straight to the point la, i mean try to control your anger whatever happen...its quite easy to say now, but when the time comes, i dont know if i can remember this post or not....here, i want share with your all an articles that i think can help us to control an anger..
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Rasulullah juga bersabda: “ Orang yang lemah adalah orang yang menyerahkan dirinya kepada hawa nafsunya dan banyak berangan-angan kepada Allah.” (HR Ahmad dan Tirmidzi dari Syadad Bin Aus). Kedua-dua
hadis di atas menjelaskan bahawa pada diri manusia terdapat tiga
kekuatan jiwa: kekuatan amarah, kekuatan syahwat dan kekuatan akal.
Kebaikan jiwa seorang muslim sangat ditentukan oleh kebaikan tiga
kekuatan ini.
Oleh
kerana itu Rasulullah menyeru kepada setiap muslim supaya memiliki
kemampuan untuk mengawal dan mengendalikannya. Jangan sampai ia menjadi
orang yang lemah dan tidak berdaya menguasai dan mengendalikan tiga
kekuatan tersebut. Rasulullah menyebut “Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.”
Sesungguhnya
seorang Muslim hendaklah mampu menguasai kekuatan amarah agar tidak
menjerumuskan dirinya ke dalam pelbagai kemudaratan dan hal-hal yang
merugikan. Sepatutnya dia menggunakan sifat amarah untuk hal yang
positif dan mendatangkan ridha Allah. Untuk
menguasai kekuatan amarah ini, seorang muslim hendaknya ‘memaksa diri’
agar memiliki sifat santun dan pemaaf agar lama kelamaan sifat santun
dan pemaaf menjadi sifat peribadinya .
Antara Cara-Cara Untuk Mengendalikan dan Menguasai Kekuatan
Amarah.
i. Merenung ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis Rasul.
Keutamaan menahan marah, bersikap sabar dan memaafkan orang
lain adalah sifat peribadi orang-orang mukmin.
Diriwayatkan bahawa seorang Arab Badwi berkata kepada kepada
Umar r.a. “Demi Allah, engkau tidak menghukum dengan adil dan sedikit dalam
memberikan kebaikan kepada rakyat.”
Umar pun marah sehingga kelihatan perasaan marah diwajah
beliau sehingga salah seorang sahabatnya berkata kepadanya, “Wahai Amirul
Mukminin, tidakkah engkau mendengar firman Allah Ta’ala, “Jadilah engkau pemaaf
dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah dari orang-orang
yang bodoh.” (Al ‘Araf ayat 199) dan si Badwi itu termasuk orang-orang yang
bodoh. Umar pun terdiam dan memaafkan orang Badwi tersebut.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barang siapa menahan marah sedangkan ia mampu
melampiaskannya, maka Allah akan memanggilnya pada hari Kiamat di depan semua
makhlukNya dan menawarkan kepadanya bidadari syurga yang ia sukai.” (HR Ahmad)
Rasulullah juga bersabda:
“Tidak ada seorang hamba yang menahan amarahnya melainkan
Allah akan memenuhi hatinya dengan keamanan dan keimanan.” (HR Abu Dawud)
Sabda baginda lagi:
“Janganlah kamu marah, nescaya kamu akan masuk syurga.” (HR
Thabrani)
ii. Berlindung kepada Allah.
Kita perlu memohon perlindungan kepada Allah dari godaan
syaitan yang terkutuk kerana amarah adalah bisikan syaitan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang
makruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” (Surah Al ‘Araf ayat
99)
Diriwayatkan bahawa ada dua orang yang sedang bertengkar di
depan Nabi S.A.W. Salah seorang di antara keduanya melontarkan cacian dengan
penuh amarah hingga merah padam mukanya. Beliau lalu bersabda:
“Aku mengetahui satu kalimat yang seandainya orang ini mengucapkannya
nescaya amarahnya akan hilang. Jika ia mengucapkan, “A’uzudzu billahi
minasy-syaithaanir-rajii m.” (HR Bukhari dan Muslim)
iii. Mengubah Posisi Badan
Nabi S.A.W. bersabda:
“Apabila salah seorang kamu marah, sedangkan ia dalam
keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Jika dengan duduk marahnya belum
reda, maka hendaklah berbaring.”
Pentingnya mengubah posisi badan kerana dalam keadaan
berdiri seseorang itu lebih bersiap untuk melepaskan marahnya dan lebih mudah
untuk melakukan tindakan pembalasan. Berbeza dengan posisi duduk dan berbaring
yang relatih lebih jauh untuk melakukan semua itu.
Oleh kerana itu Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya orang yang berbaring lebih baik daripada orang
yang duduk. Orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri. Orang yang
berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan. Orang yang berjalan lebih baik
daripada orang yang berlari.” (HR Muslim).
iv. Diam
Bila seseorang marah, berusahalah untuk tetap diam dan tidak
berkata-kata. Ini adalah kerana apabila seseorang berkata-kata ketika sedang
marah, maka hal itu akan lebih mempengaruhi emosinya dan emosi orang yang
menjadi lawannya. Di samping itu ia boleh menimbulkan penyesalan ketika
emosinya telah reda.
Rasul S.A.W. bersabda:
“Apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah
ia diam (beliau mengucapkannya tiga kali).” (HR Abu Dawud)
v. Berwudhuk
Marah akan menaikkan suhu badan, sehingga darah ‘mendidih’
dan emosi memuncak. Maka dengan berwudhuk, air akan mampu menyejukkannya dan
mengembalikannya kepada keadaan normal. Dalam sebuah khutbah, Rasulullah
bersabda:
“Ketahuilah bahawa marah adalah bara yang menyala-nyala
dalam hati anak Adam.” (HR Ahmad)
Di samping itu oleh kerana marah datangnya dari syaitan dan
syaitan diperbuat daripada api, maka airlah yang boleh memadamkannya.
Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya marah itu dari syaitan, sedang syaitan
diciptakan dari api, dan yang dapat memadamkan api hanyalah air. Oleh kerana
itu, apabila salah seorang diantara kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk.”
(HR Ahmad).
Mengendalikan kekuatan amarah bukan bererti menghilangkan sama sekali.
Kerana kekuatan amarah ini diciptakan oleh Allah untuk sesuatu hikmah yang besar;
iaitu agar manusia terdorong untuk mempertahankan haknya,
menolak kejahatan orang lain yang merugikan dirinya,
serta menegakkan jihad fisabilillah bagi membela
dan meninggikan kalimah Allah yang merupakan amalan yang paling utama.
sumber : blog sabri @ teh bri ~ mendidik dan berbakti
No comments:
Post a Comment