Assalamualaikum a.b.t
sekadar untuk renungan bersama...tatkala meraih amanah yang diberi, bace lah sebanyak mungkin kisah amanah sebagai pemimpin, moge menjadi tembok pemisah antare kite dan azab Tuhan...
Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah
Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani
Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik
istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal.
Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu
bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”
Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya
yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan
melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu
itu?"
Maka jawab ayahnya: "Benar kata kau wahai anakku,
tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini
kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang
kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda
adalah perkara keluarga." Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu
dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: "Sekarang
lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun
kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda
perbincangkan dengan ayahanda." Demikianlah besarnya sifat amanah dari
seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.
~ renungkan kata-kata ini ~
No comments:
Post a Comment