asSALAMualaikum w.b.t
sentiase saling mengingati tidak salah bukan...aku teringat
nasihat yang diberikan oleh GPK 1 aku mase sekolah2 dulu...nasihat nie terpahat
sangat kat hati aku...katenye, seorang pencuri tidak pernah di larang untuk
menasihati orang lain untuk jangan mencuri kerana semoge dengan nasihat itu,
dye adalah orang pertame di kalangan pencuri-pencuri yang akan bertaubat dan
berubah kerana nasihatnye itu....walaupun anda tidak sempurna dalam agama
tetapi tiada larangan untuk kite bagi menyampaikan sesuatu yang baik, moge2
dengan ape yang kite sampaikan dapat menjadikan kite orang pertame yang
bertaubat dan mendapat hidayah daripada Allah...InsyaAllah, doakan yang terbaik
buat semue...
Sufyan at-Tsauri, seorang ulama’ hadis yang terkemuka menyatakan bahawa ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia. iaitu :
1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri,
tetapi tidak memohon doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2. Orang yang kerap membaca al-Quran, tetapi tidak membaca
secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar
kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.
4. Orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak
mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan
keselamatan arwah mereka.
5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota,
kemudian ia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan
dengan seorang ulama’ tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk
menambahkan ilmu pengetahuan.
7. Dua orang lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak
saling bertanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya,
tetapi tidak diacuhkannya dan tidak dilayani tetamunya itu.
9. Orang muda yang membiarkan zaman mudanya berlalu begitu
saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekertinya.
10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih
lantaran kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
~ InsyaAllah ~
1 comment:
Maaf.. saya berterus terang ... walaupun saya kurang bersetuju dengan awak.
.. tapi saya akui... pendapat awak memang logik dan pos nih memang menarik.
.
Also visit my website: Tips Isteri Kesayangan
Post a Comment