kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Powered By Blogger

Saturday, September 4, 2010

meriahnnya rewang.....gempaknya Berbuka Puasa Perdana.....


Tarikh : 28 ogOs 2010

Masa : 9 pagi hingga 5 petang

salam....

jam ini, aku berasa bosan dan mula rajin untuk memeriahkan blog aku ni....sape yang ikut rewang baru-baru ni pasti tahu apa yang meriahnye...bile dah saling bekerjasama dan sambil tu tengok gelagat rakan-rakan lain mesti pecah perut sehari tu....emmmm...aktivit rewang ni berjalan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, tujuannya ialah hendak bergotong royong bagi menyediakan juadah berbuka puasa perdana pada hari itu......macam-macam gelagat, ketua pada hari ini ialah Makwan....isteri kepada Felo yang disayangi iaitu En. Ghazali.....semua bekerjasama dengan baik, pembahagian kerja yang mantap....aku puas hatilah ikut rewang ni....lagi satu, bile buat persiapan untuk berbuka puasa tu....hihihi...apa lagi dengan bentang tikarnya, yang sediakan hidangannya, yang bancuh airnya....MERIAHLAH....emmmm, majlis berbuka puasa tu berjalan dengan baik....Alhambulillah....

p/s : maaf gambar rewang tiada dalam simpanan dan juga kualiti gambar tidak memuaskan..harap dapat menghayati kemeriahannya....






Majlis Tadarus AL-Quran dan Majlis Penutupan Program Halawatur Ramadhan...

Tarikh ; 28 ogOs 2010
Masa : 10.30 malam

Majlis tadarus Al-Quran dan penutupan program Halawatur Ramadhan telah dijalankan disebelah malamnya pula.....meriahnya tidak kurang hebatnya apabila majlis tersebut mendapat sokongan daripada warga kolej sendiri....majlis penutupan ini dirasmikan oleh Pengetua kolej....pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang Ramadhan ini, antaranya sahur perdana, qiamulail, rewang, kuliah subuh, berbuka puasa perdana......pada malam itu juga, majlis penyampaian hadiah juga dijalankan bagi pemenang pertandingan-pertandingan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan....antara pertandingan yang dijalankan ialah membuat kad raya kreatif yang melibat semue penghuni, pertandingan nasyid, pertandingan muallif, dan pertandingan membuat buku skrap....memang terselahlah bakat penghuni kita ni....dendangan lagu nasyid juga disajikan pada malam itu iaitu jemputan daripada kumpulan nasyid KAB dan KHAR sendiri...semoga Bulan Ramadhan kali ini memberikan seribu makna bagi seluruh warga KOLEJ HARUN AMINURRASHID....









p/s : maaf, gambar malam penutup pun kurang di dalam simpanan,...saya akan cube usahakan dapat gambar yang lebih menarik...

No comments: