kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Saturday, February 19, 2011

modul ' ice-breaking '

salam...

baru balik kelas PRS...emmm, penatnyerlah...bile sampai umah tetibe je line internet kuat...perghh, pe lagi layan blog la.....de pengunjung blog mnte modul ice breaking...cian at dye, aku janji dah lame nak entrykan modul tu, tapi sebab terlalu sibuk dgan xcemen yang hendak dihantar minggu nie..aku pun tak sempat2 nak tunaikan permintaan 2...tapi hari nie aku free sikit...boleyh la nak share modul skit....

modul nie berdasarkan pengalaman mengikuti kursus-kursus semasa disekolah dahulu.....

MODUL ' Ice-breaking '


Tajuk : Roda Impian
Masa : 20 minit
Alatan : Wisel

Bilangan Ahli : Tiada had

Langkah Pelaksanaan :

  1. Semua peserta diminta untuk mendengar arahan fasilitator.
  2. Peserta diminta untuk duduk mengikut jantina yang berlainan dalam 2 kelompok besar.
  3. Peserta diminta membuat bulatan, lelaki dibahagian dalam dan perempuan dibahagian luar. Peserta mesti selesai membuat bulatan dalam tempoh 10 saat, jika tidak berjaya peserta lelaki atau perempuan yang tidak berjaya akan dikenekan denda seperti menyanyi dan sebagainya ( mengikut kesesuaian ).
  4. Contoh seperti gambarrajah di bawah.
  5. Selepas itu peserta lelaki dan perempuan diminta untuk berhadapan di antara satu dengan yang lain, kemudian berkenalan mengikut krateria yang dikehendaki dan menghafalnya....contohnya ialah nama, nama ayah, nama ibu, pekerjaan ayah, hobi dan sebagainya.
  6. Selepas 10 saat, fasilitator akan meniup wisel dan peserta perlu bergerak ke kanan dan teruskan aktiviti berkenalan dengan orang berbeza.
  7. Fasilitator akan meniup wisel beberapa kali supaya peserta dapat berkenalan dengan beberapa orang.
  8. Selepas selesai aktiviti fasilitator meminta atau memilih pseserta kehadapan dan memperkenalkan rakan yang baru dikenalinya....
  9. Fasilitator membimbing perbincangan.

kedudukan peserta

Falsafah dan pengajaran :

  1. Setiap manusia mampu mengenali diantara satu dengan yang lain.
  2. Setiap menusia perlu berkomunikasi dengan baik bagi tujuan berkenalan.
Falsafah dan pengajaran boleh dibincangkan lagi....sila buat homework untuk falsafah dan pengajaran yang lebih baik dan banyak.....tq...

1 comment:

Wo Ai Ni said...

nice modul.....i like~~ dapat idea baru..thanx!!