kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Powered By Blogger

Tuesday, February 15, 2011

modul pilihan hari ini.....

salam...

baiklah hari nie ade satu modul untuk dikongsikan walaupun mate aku pun dah mengantok nie....kepada pembaca2 yang de permintaan untuk aku tolong carikan or cadangkan modul2 yang korang nak...boleyh la buat permintaan kat chat box or komen kat bawah nie.....

Pesanan sikit tok pembaca : modul2 yang aku tulih kat dalam nie mungkin atau memang ade yang same dengan mane2 buku yang de kat pasaran atau kat umah sape2.....bukan sengaje nak copy, tapi mybe yang jalankan modul nie pada aku pun refer buku2 yang sewajarnye, pe salahnye kan nak sebar2kan ilmu untuk kebaikan bersama....baiklah, aku pun tak pandai nak reka modul sendiri coz masih belajar lagi.....hope sume dapat bagi tunjuk ajar pada aku k..... kali nie aku nak menampilkan satu modul kepimpinan.....nie modul yang aku lalui dalam Kelas PRS 2 minggu lepas.


Modul Kepimpinan

Tajuk : Ibu jariku Ibu jarimu Jua
Masa : 20 hingga 30 minit
Alatan : Kertas A4

Langkah Pelaksanaan :

  1. Peserta diberikan kepada beberapa kumpulan mengikut kesesuaian fasilitator.
  2. Setiap peserta diminta duduk di dalam bulatan.
  3. Setiap peserta diberikan sehelai kertas A4
  4. Setiap Peserta diminta untuk menutup mata dan mengikut segala arahan yang diberikan oleh fasilitator.
  5. Setiap peserta diminta untuk melibat Kertas A4 tersebut kepada 2 bahagian dan mengoyakkan salah satu bucu kertas tersebut dengan kadar keluasan sebesar ibu jari.
  6. Seterusnya peserta diminta untuk mengulangi langkah tersebut sehingga beberapa kali lipatan.
  7. Selepas beberapa kali lipatan dan koyakan peserta diminta untuk membuka lipatan tersebut.
  8. Fasilitator meminta untuk setiap ahli melihat hasil koyakan tersebut dan meminta mereka memberikan rifleksi terhadap aktiviti tersebut dengan kepimpinan.
  9. Fasilitator membimbing perbincangan.
Falsafah dan Pengajaran :

  1. Setiap manusia mempunyai keunikan dan keistimewaan untuk menjadi seorang pemimpin.
  2. Pemimpin yang baik seharusnya peka dengan perbezaan ini untuk menerima segala perbezaan ini sebagai kekuatan dalam organisasi dan sebagainya
  3. Setiap manusia berhak memberikan pendapat dan pandangan.
p/s : pengajaran dan falsafah masih boleh dibincangkan....

aku suke sampan nie....amek dari google...cowie kpd orang punyer karya...

No comments: