kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Powered By Blogger

Wednesday, September 8, 2010

ada masalah semasa belajar???....cuba ini.....



salam..

Alhamdulillah...baru je lepas bersahur...

entry ringkas ni nak berkongsi dengan adik-adik yang ingin sedikit teknik dalam belajar...almaklumlah sekarang kan dah dekat untuk adik-adik menghadapi ujian....apa yang hendak dikongsikan ini mungkin dah ramai yang pernah dengar tetapi tak ramai yang dapat praktiskan....teknik ini sangat mudah dan setiap pelajar berpontensi untuk menjadi pelajar yang cemerlang jika anda mahu....adik-adik sendiri yang memilih jalan adik-adik sendiri....

anda ingin kemana????...pilihan di tangan anda....


Teknik Belajar & Membaca SQ3R.

S - Survey (Kaji)
Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.
Q - Question (Soal)
Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

R - Read (Baca)
Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah
anda bina melalui langkah S dan Q.

R - Recite (Lafazkan semula)
Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.

R - Review (Ulang)
Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.


adik-adik mungkin pernah mendengar tentang setiap pelajar harus belajar 4 hingga 8 jam sehari...tetapi pernahkah adik terfikir adakah dengan adik belajar menggunakan masa yang terlalu lama memberi impak yang besar kepada adik-adik...percaya atau tidak jika saya katakan bahawa adik-adik boleh belajar dengan menggunakan masa yang paling minimum tetapi impaknya besar kepada adik-adik....oleh itu, adik-adik perlulah mengamalkan teknik ini dengan bersungguh...InsyaAllah adik-adik akan berjaya...
Teknik SQ3R ini melatih anda untuk menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas adik-adik sebagai pelajar. adik-adik boleh mengamalkan teknik ini dan adik-adik pasti akan dapat lebih memahami apa yang adik belajar.....mahukah adik-adik mempunyai kebolehan seperti seorang pelajar yang cemerlang???

adik-adik kan lagi maju kehadapan....

No comments: