kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Powered By Blogger

Monday, July 25, 2011

80 kanak-kanak Tabika Kemas sertai khemah Pengakap Lebah


KUALA KRAU 24 Julai - Seramai 80 kanak-kanak taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka menyertai Linkaktiviti mini perkhemahan prapelancaran Pengakap Lebah di sini, baru-baru ini.

Kanak-kanak terbabit berumur antara lima dan enam tahun yang diiringi 13 guru menjalankan pelbagai aktiviti di Kem Tengku Mahkota Bandar Tun Abdul Razak Jengka.

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Jengka, Ahmad Ismail berkata, Pengakap Lebah merupakan pendedahan awal kepada kanak-kanak tabika dan prasekolah terhadap pergerakan pengakap.

''Antara aktiviti yang dijalankan adalah memasang khemah bersama guru, menikmati alam semulajadi di kawasan Kem Tengku Mahkota Jengka dan makan tengah hari di kawasan perkhemahan.

''Pengakap Lebah merupakan usaha Pesuruhjaya Pengakap Jengka mengembangkan lagi keahlian pengakap di semua peringkat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di tapak perkhemahan Kem Tengku Mahkota di sini, baru-baru ini.

Ahmad yang juga Penyelia Kemas Jengka menjelaskan, pasukan Pengakap Lebah akan

menjadi perintis kepada penubuhan Unit Pengakap Lebah di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Menurutnya, ia merupakan langkah pertama kanak-kanak tabika Kemas sebelum mereka menyertai Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda seterusnya Pengakap Remaja.

Beliau berkata, penubuhan unit Pengakap Lebah mendapat sokongan daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang mahu PPM Jengka menjadi pelopor penubuhan Pengakap Lebah itu.

sumber : Utusan Malaysia Online

1 comment:

azwa amani said...

alalalalala....comelnyerr