kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Saturday, February 2, 2013

aku tidak sehebat kamu...

Assalamualaikum w.b.t

 sumber : pak cik google

aku nie menulis blog bukan kat umah aku...sekarang ade di sungai petani...ikut bos aku atas hal kerja...moge dipermudahkan untuknya dan untukku juge...Alhamdulillah, perjalanan agak jaoh jugak, mengambil mase 4 jam tuk sampai....Dr. pun dah tido, tapi aku tak ngantok lagi....tak tahu la tibe2 nak entry sesuatu yang aku rase aku pun susah nak buat mende nie...aku tetap cube sebab tiada alasan untuk aku tidak berbuat demikian...

aku tidak sehebat kamu..

memaafkan dan meminta maaf....susahnya nak meminta maafkan...tapi susah juge nak memaafkan orang bukan...urmmm, before aku menulis nie, sempat jugak la aku jengok 2 3 page blog kengkawan lain yang mengentrykan mengenai tajuk nie...aku tak de la pandai sangat nak menulis ilmiah macam dyorang...tapi...kalau ape yang terlintas kat dalam hati nie boleh la...setiap manusia tak lari daripada berbuat dosa, dan pelaku dose yang paling mulie di sisi tuhanya ialah yang segera bertaubat...Tuhan Maha pengampun, ingat tu....kadang-kala bile kite dah minte ampun, tapi kite tetap melakukan dose, betul tak....begitulah sifat manusia yang Tuhan jadikan, sentiasa tidak sunyi daripada melakukan kesilapan...oleh itu, Tuhan sentiase ingatkan kite di dalam ayatNya...

Anas Radiyallahuan mengkhabarkan, bahawa pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, Bahawa Allah berfirman maksudnya;

“Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-Ku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”

“Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan bagimu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.”

“Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.”

sumber : lukisanduniaku.wordpress.com 

.....Sekarang tahu kan, betape besarnye mengampunan Allah...apabila melakukan dose dan kesilapan, maka segeralah memohon ampun dan bertaubat...barangkali, itu adalah dose terakhir yang kamu lakukan....aku cube kaitkan dengan sifat memaafkan orang....tatkala kite berbuat dose, besar pengharapan kite supaye dose itu diampunkan oleh Tuhan....berbalik kepada diri kite pule, siapakah kite untuk meninggikan ego daripada memaafkan khilaf dan dose orang lain sedangkan kite ini juga mengharapkan mengampunan daripada yang esa....Tuhan Maha tinggi sifatnya sebagai pengampun, siapalah kita makhluk yang ingin sombong daripada memaafkan....

Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam Al Qur’an adalah sikap memaafkan:

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al-A'raf 7:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman:

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia Al Qur'an akan merasa sulit memaafkan orang lain. Sebab, mereka mudah marah terhadap kesalahan orang lain. Sedangkan, Allah telah menganjurkan orang beriman bahwa memaafkan adalah lebih baik:

... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)

"Yaitu orang2 yang menginfakkan hartanya ketika lapang dan sempit dan menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (QS. Ali ‘Imraan, 3:134)


sumber : www.pesantrenvirtual.com

.......aku pun nak bawak korang untuk fikir sedikit mengenai maafkan orang lain ni....pernah tak anda berfikir supaya setiap apa jua salah  yang korang buat pade orang lain, mereka boleh memaafkan anda walau sebesar mane pun...kerana pada anda, anda juga merupakan manusia yang lemah dan tidak lari daripada melakukan kesalahan...dan seringkali terkeluar ayat yang biasa anda dengar " sedangkan Nabi pun ampunkan umat, inikan kita manusia biasa"....kalau anda susah untuk memaafkan orang, tak mustahil Tuhan juga akan keraskan hati orang lain untuk memaafkan anda...tanpa memaafkan orang lain, timbul pula perasaan dendam bukan...aku sedar, dalam kehidupan aku nie...aku sentiase terleka, lalai, banyak tergelincir daripada landasan dan sentiasa melakukan dose dengan sesame manusia....aku sentiase memohon maaf kalau ade saat aku tergelincir dan jauh daripada agama tu aku ade buat salah dengan sesiape dan sesame manusie....aku insan yang lemah,..aku sentiase cube memaafkan tanpa orang lain dahulu meminte maaf....

I
I
I
I
V
~ Tuhan, jadikanlah aku manusie yang sentiase hampir denganMu dan sentiase kuat untuk memaafkan dan meminte maaf....Tuhan, kau lembutkanlah hati sesiapa sahaja yang pernah aku berbuat salah kepada mereka, mudah-mudahan mereka mendapat kemulian dengan memaafkan aku...amin ya Rab ~

5 comments:

Anonymous said...

bagus entry ni...hopefully tuan punya entry ni pun sedia memaafkan semua orang walau besar mana pun kesalahan seseorang tu...kita bukanlah hebat dan kita semua sama di muka bumi allah ini...dan jangan lah sombong untuk memaafkan orang...hati akan tenang bila kemaafan diberi dan janganlah mewujudkan jarak di antara hubungan yang telah dibina atas kesalahan yang terjadi...kemaafan itu lebih mulia...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Hihihihi,macam2 org komen2.

psykonep said...

Salam..
maaflah kepada sesiapa yang sedang menunggu jawapan terhadap pertanyaan dalam rauangan komeng nie...rasenye aku sebagai owner berhak menapis sebarang komen yang aku rase macam tak sedap nak di publish kan kat dalm blog aku nie...so, sory kepada yang terase...satu lagi, dalam ruangan profile ade email saya...sila tinggalkan sebarang pertanyaan melalui email tu la...itu pun kalau nak melibatkan perasaan and perkare tak puas hati...maaf, saya bukan sesempurna yang manusia lain harapkan...terime kasih...senyum selalu yer...

Anonymous said...

marah itu mudah, sabar itu indah