kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Powered By Blogger

Tuesday, August 24, 2010

Persedian menghadapi peperiksaan....semoga berjaya kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM...

Assalamualaikum........

kali ini sedikit ilmiah untuk santapan pembaca....aku terbaca satu artikal yang sangat penting ini di dalam blog yang aku minati....oleh kerana aku berniat ingin menyebarkan perkongsian ilmu ini, aku paste kan ke dalam blog ini agar dapat dibaca oleh anda....moga terhibur...

semua sedia maklum, bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM, dan STPM, mungkin tercari-tercari tips dalam persediaan menghadapi peperiksaan. oleh itu kami di pihak kaunselor muda akan menerangkan serba sedikit berkaitan dengan tips-tips dalam menghadapi peperiksaan.

antara tips yang boleh di ikuti dalam menghadapi peperiksaan ialah:

1. Persediaan fizikal
  • tidur yang cukup, iaitu selama 6-7 jam sehari, kekurangan tidur menyebabkan rasa mengantuk, letih dan dan boleh jatuh sakit.

tidur yang berkualiti menjadikan hari anda lebih berkualiti...

  • Jaga pemakanan, iaitu memilih makanan yang halal, berkaliti iaitu berzat, bersih dan mempunyai rasa yang enak. ini boleh membantu pelajar dalam mengekalkan tubuh badan yang sihat.
  • Amalkan riadah, namun jangan berlebihan sehingga boleh mendatangkan rasa penat pada badan, waktu yang ideal ialah sebanayak 2 atau 3 kali seminggu.
  • Jaga keselematan diri, iaitu mengelakkan daripada belakunya seberang kecederan, bagi memudahkan untuk mengulangkaji pelajaran.

2. Persediaan mental.

  • Elakkan dari mebuat gambaran yang negatif, iaitu menyerah kalah sebelum berjuang, dan berfikir bahawa diri tidak ada harapan lagi untuk berjaya.
  • Jangan merasakan diri belum bersedia, kerana ini akan melemahkan motivasi dan mental diri dalam menghadapi peperiksaan.
  • Berfikiran positif, iaitu pelajar perlu fokus apa yang perlu dilakukan dan ingin dicapai. dan tidak perlu bimbang akan hasil yang akan terjadi. tetapi bersaha bersungguh-sungguh.

3. Persediaan emosi

  • Jangan bertengkar dengan rakan-rakan, ia akan menyebabkan emosi terganggu.
  • Elakkan dari terlibat atau ke dalam 'cinta monyet' agar tidak kecundang di saat2 akhir ingin peperiksaan.
  • Jangan terlalu konfiden 'overconvident' kerana ini akan menganggu emosi anda.

4. Persediaan rohani

  • Sentiasa bermunajat kepada ALLAH.
  • Melakukan solat hajat agar dan pohon agar ALLAH tenangkan dan terangkan hati dalam menjawab peperiksaan.
  • Minta kepada Allah agar apa yang dipelajari dan diulangkaji keluar dalam peperiksaan.
  • Mohon restu dari kedua ibu napa, dan mohon doa dari mereka.
  • banyakkan berzikir dan membaca Al Quran.
  • Jauhi maksiat, kerana ia boleh menggelapkan hati,
  • Banyakkan berdoa kepada Allah. agar sentiasa diberi kemudahan dalam menjawab peperiksaan.

sentiasalah berdoa untuk kejayaan anda....

Sedikit kata-kata untuk renungan bersama :


“Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.


“Something is better than nothing”


Lakukan “Latihan Minda” setiap hari.


“If you can’t see it, you can’t have it”.


perkongsian ilmu ini aku ambil daripada salah satu blog aku paling suke ikuti perkembangannya......mungkin dengan aku paste di dalam blog aku ini, aku dapat menyebarkan lagi ilmu yang dikongsikan oleh mereka.....

diharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat membantu rakan-rakan yang lain bagi berkongsi ilmu pengetahuan...

No comments: