kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Sunday, May 12, 2013

FESTIVAL TEATER UPSI.....datanglah berduyun-duyun...

Assalamualaikum w.b.t

FESTERSI2013

agak lame la tidak mengupdate disini kerane masih dalam keadaan sedih selepas pe yang berlaku mase PRU 13 baru-baru nie..ape dye, no komen la jawabnye...hope de yang faham...so, today before go to another world...i would like to promote something to you all, my blog visitor..(agak terabur ayat bahase omputih disitu)...disebabkan ayat pun lintang pukang jike ditulis dalam bahase omputih nie, aku akan directly to the point je...hari ni akan dilangsungkan FESTIVAL TEATER UPSI...ape yang menariknye ade beberape fakta penting untuk anda tahu...berikut merupakan fakta dan bukan auta yang telah aku cube list kan....bace baik2 ye sahabat sumer..

1. roomate aku jadi pengarah kepada salah satu team teater untuk festival ini.
2. aku adalah kawan kepade pengarah di atas.
3. aku sering kali di tinggalkan bersendirian kerana roomate aku ni terlalu sibuk membuat latihan dalam seminggu dua nie..
4. team roomate aku nie ramai yang comel2....(mungkin tak yah masuk pun takpe kot fakta nie)
5. hero utama bagi team teater arahan roomate aku nie jugak kawan seperguruan aku...iaitu mierul..
6. mase aku menaip post nie, roomate aku merangkap bakal memenangi pengarah terbaik untuk festival ini sedang sibuk memprint poster...
7. tajuk teater yang akan dipercembahkan ialah CUCU....bukan seperti yang digembar gemburkan media sekarang-->CUCU mak LAMPIR...
8. aku merupakan pekerja belakang tabir untuk pementasan teater cucu nie..(hanya beberape kali menolong sahaje..paling banyak pun tolong tengok dan komen)..
9. menjadi tukang kayu kepada prop yang digunakan..(bukan semua, cume ketuk 2 3 batak paku je)
10. semasa latihan merupakan mase terbaik untuk tidor..(itu aku je la, bukan budak2 teater mahupun roomate aku tu)
11. rugi sape yang tak tengok live sebab mase training pun boleh tegak bulu rome dan sewaktu dengannye bile tengok dyorang nie berlakon...
12. pementasan ini ade kaitan dengan isu semase....(lebih2 lagi untuk pengundi yang masih tak celik akal dan hati)
13. kalau datang tolong bawe sapu tangan atau tisu...terdapat babak yang sangat menyentuh perasaan...(mirip scene sedih dalam cerite korea atau hindustan)..
14. masuk memang percume...(ade gak ke yang akan tolak sesuatu yang percume..macam pendidikan percume..teettt...)
15. dan banyak lagi fakta2 menarik yang korang listkan sendiri bile tengok pementasan ni sendiri.


 ^
I
I
mase dan tempat..

datanglah beramai-ramai...mungkin anda akan terserempak beberapa orang artis semasa pementasan ini..mungkin juga artis tersebut akan duduk disebelah kerusi anda...

SINOPSIS 2: CUCU

Naskhah Cucu karya Samoza atau nama penuhnya Sabri Mohd Zin mengisahkan tentang pergolakan yang berlaku di Kampung Gunung Dara. Awang, anak jati kampung tersebut yang baru pulang dari luar negara pasrah dengan kematian neneknya pada hari pertama kepulangannya ke kampung itu. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, nenek sempat mewasiatkan rumah dan tanahnya kepada Awang. Nenek juga berpesan agar rumah dan tanah tersebut tidak digadaikan kepada sesiapa. Seridewa dan Seridewi, orang berpengaruh di kampung itu yang tinggal di rumah besar berhampiran rumah nenek beranggapan bahawa kematian nenek akan memudahkan lagi urusan mereka untuk membeli tanah nenek. Namun begitu, lain pula halnya yang terjadi. Setelah nenek meninggal dunia, Seridewi diserang gangguan psikologi apabila roh nenek seolah-olah menghantuinya sehingga dia tidak boleh melihat rumah nenek gelap gelita. Awang berkeras tidak mahu memasang pelita di rumah nenek dengan alasan rumah tersebut telah menjadi miliknya dan dia berhak melakukan apa sahaja. Deris, abang sepupu Awang cuba mendesaknya agar tidak membiarkan rumah nenek gelap. Keadaan Seridewi yang bertambah teruk telah menyebabkan Pak Itam menuduh Awang sengaja mengganggu keamanan dan ketenteraman Kampung Gunung Dara. Walaubagaimanapun, Awang tetap teguh dengan pendiriannya. Dia amat tidak bersetuju dengan cara golongan kaya dan berpangkat tinggi mengaut keuntungan, kemewahan dan kesenangan daripada orang-orang kampung. Bagi Awang, orang-orang kota dan berduit itu telah mengaburi mata penduduk kampung dengan menjanjikan kemajuan dan pembangunan yang sebenarnya hanya merugikan penduduk kampung sendiri. Keesokan harinya, datang pula Sitiayu. Siapakah Sitiayu? Adakah kehadiran Sitiayu memungkinkan kemenangan berpihak kepada Pak Itam, Seridewa dan Seridewi? Sama-sama kita saksikan kesudahan cerita ini di Festersi2013.

No comments: