kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Monday, May 13, 2013

Selamat Hari IBu and Epy besday to you...

assalamualaikum w.b.t

pagi isnin yang indah, macam isnin2 yang lepas, memang berat dan maleh sangat nak bangon, tapi apekan daye isnin tetap kembali lagi....walaumacam manepun, aku mesti laluinye dengan penuh keghairahan....wahhh...Entry nie agak lambat la dibuat dan tak kene pade waktunye, tapi tak terlambat lagi nak ucap selamat hari ibu and my mom's besday pada 12.05.2013 nie, genap umo mak aku 48 tahun..betul eak??...betul la sebab mak aku lahir tahun 1965...

"....selamat hari ibu and epy besday mak....aku minte maaf atas segale dose yang telah aku lakukan, harap mak tak berkecik haty dengan setiap kelakuan aku yang tak menyenangkan mak...aku akan cube yang terbaik untuk menjadi anakmu yang soleh,...terime kasih atas pengorbanan yang begitu besar telah kau curahkan kepade aku dan anak-anak mak yang lain....sehebat mane aku, aku tidak akan pernah dapat menandingi semangat mak membesarkan kami selepas kematian ayah....aku tahu naik bangon aku, mak akan sentiase ade disisi, tidak pernah lekang untuk bagi aku semangat....aku doakan semoge mak selalu dalam kebaikan dan dirahmati Tuhan..."



DOA UNTUK IBU

Ya Allah, Engkau rahmatilah ibu ku.  Aku pohonkan rahmat Mu dan keampunan Mu untuknya.
Ya Allah, Engkau anugerahkan lah kepada dia kesihatan yang berpanjangan kerana dia telah mengandungkan aku dengan susah payah.
Ya Allah, Engkau anugerahkan sebesar-besar ganjaran kepadanya kerana telah melahirkan aku.
Ya Allah, naungilah dia dengan kasih sayang Mu kerana dia telah menyusukan aku dengan penuh kasih sayang.
Ya Allah, anugerahkan ganjaran Mu diatas kesabarannya yang telah membesarkan aku.
Ya Allah, Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisi Mu diatas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan  dengan perangai aku yang menyakit kan hatinya, mengaibkannya dan berbagai-bagai perbuatan ku.
Ya Allah, anugerahkan kepadanya semulia-mulia tempat di sisi Mu kerana dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan diatas setiap pengorbanannya dari ku.
Ya Allah, kurniakan kepadanya iman yang sempurna. Kesihatan tubuh badan yang berterusan. Mendapat Ilmu yang bermanafaat. Di murahkan rezeki yang halal. Engkau masukkn lah dia kedalam golongan orang-orang yang dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat Mu ketika mati dan mendapat keampunan Mu sesudah mati.
Ya Allah, permudahkan lah dia  ketika menghadapi sakartul maut dan lepaskan dia dari  di hisab.
Ya Allah, jangan lah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan jua.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkan mereka dengan kurnia dan nikmat Mu.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjuk Mu.


No comments: