kengkawan bLoggEr aku.......LovE yOu aLL.....

Powered By Blogger

Tuesday, May 14, 2013

'MELAYU'kah aku...

Assalamualaikum w.b.t

hari ni berjalan kaki ke ofis, selalunye berkenderaan, tetapi kadang-kala rezeki diluaskan, kadangkala rezeki disempitkan, moge2 dengan ujian sebegini dapat meningkatkan iman aku...InsyaAllah, sahabat2 sekalian....sebelum memulakan kerja hari ini, aku mulekan hari dengan entry yang ditujukan khas untuk aku nie...ramai yang kate, buat ape la aku nak mencari kebenaran dalam memilih pemimpin..yang aku tahu pemimpin yang aku pilih nie membela bangsa aku...bangsa aku tak akan maju kalau pemimpin lain yang berkuasa kerana pemimpin lain lebih kepada bangsa yang lain dan menyamakan kami...mean, semangat lebihkan bangsa ini dan menjaga maruah bangsa membuatkan hati tidak mahu meneroka lebih mendalam ape yang dimaksudkan dengan kezaliman oleh pemimpin, menerima seadanye supaya tidak hilang keistimewaan yang Tuhan berikan kepada bangsa tersebut...keistimewaan??...ok lah...semoge kite dibukakan pintu hati untuk sentiase berfikir setiap ape yang dilakukan oleh pemimpin kite,tak salah untuk mencari kebenaran dan bukan menolak mentah2 ape yang dikatakan,...dan jangan sehingge menjadi golongan di bawah...


Islam melarang umatnya mengutamakan kemegahan atau taksub kepada sesuatu kaum/bangsa  dan sifat separti ini dipanggil memperjuangkan asabiyah.


"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat  Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)

Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Dapat difahami bahawa sayang kepada bangsa sendiri yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui Islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Maksud umum kepada asabiyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah lalu dibela dan dipertahankan.

Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W bersabda maksdnya : "Bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (Hadis Riwayat Abu Dawud).

Tidak kiralah siapa kita, akhirnye kembali jua kepade Allah, janganlah disebabkan kite lahir dalam bangsa tersebut, kite bermegah-megah dengan kelebihan yang diberikan sementare ini, Tuhan tidak menjadikan kite berlainan bangsa untuk bermegah-megah semate2, tetapi untuk mengenali antare satu dengan yang lain...aku bersyukut lahir dalam Islam, aku malu kerane tidak mampu berdakwah dengan sebenar-benar dakwah kepada sahabat yang masih tidak menganuti agama yang benar ini....malah, ade yang lebih teruk, menjadikan bangsa sebagai tembok pemisah kepada kerja-kerja dakwah ini...aku agak muak dengan sikap segelintir manusia yang sangat takut bangsa tergadai,...jike kite membantu dalam kerja agama, maka usah bimbang tentang kekuatan bangsa kite kerana semue kekuatan datangnye daripada ALLaH, bile2 sahaja Tuhan boleh mengambil kekuatan dan kelebihan itu semule walaupun tanpa asbab bangsa lain yang menindas kite....jika bangsa lah menjadi berjuangan utama, maka Nabi akan sentiase berjuang bagi meninggikan bangsa arab dan keturunanye...tetapi nabi tidak meletakkan perjuangan itu sebagai landasan baginda yang diwahyukan oleh Allah...so, janganlah terlalu taksub dengan bangsa dan keturunan sehingga menolak kebenaran...


~ biar pendapat berbeza tetapi tetap di landasan agama ~

No comments: